meeBo

Tuesday, May 17, 2011

Bertuah kita ni...

Hari ni public holiday tapi tah apa gler bos aku..aku dan smua org kena keje..xdpt 3x lak tu..kejam nyer bos..
Tadi dah nak lewat petang around 6 lebih ada 3 org customer ni walk in.. Dia penah beli barang dari aku,tapi by online dari alamat kat bill diaoirg datang ke kedai.
Nak beli barang lagi,dan baru aku tau meraka bertiga ni warga negara India yang berkerja di Cyberjaya dengan company animation antarabangsa.
Sambil layan dia tengok barang kita orang borak-borak then dia ckp "one thing ur country cant fight us.. so aku pun cakap la.. "it's cricket?   (main tembak je) "no.. corruption" jawab mamat india tu..(terdetik dalam hati aku..macam aku tgk dlm citer tamil ke?) hehe..
Then rakan sekerja aku tanya tentang keadaan jalan raya kat sana,dia menjawab teruk."in few month after u buying a car the suspension system will spoil" kate mamat india ni sambil tersengeh.
Pas tu dia memberitahu aku bahawa harga petrol kat sana mahal lebih kurang RM7(mahal wooo) untuk satu liter RON92 (yang kita di Malaysia panggil 'minyak merah') statement tu berdasarkan kata-kata mamat tu,lau dia kencing aku so kowang yang baca terbabit lah kebasahan nyer.

So point nyer yang aku dapat katakan walau kita duk complaint mcm2 tapi aku sangat bersyukur kerana lahir di Malaysia.Negara kita makmur(kekadang tu biasa ar), kerja pun ada,peluang pelajaran dan macam2 lagi.Paling penting orang tu jangan malas dan mahu berusaha.
Cikgu aku masa darjah empat pernah cakap "hendak seribu daya,tak hendak seribu dalih" (thanks cikgu i luv u) dan ni lagi satu pesan cikgu aku..tp aku tak ingat masa darjah berapa.. "usaha itu tangga kerjayaan" tp aku selalu guan lif je,penat ar naik tangga..
Salam.. (ps:kepada Puan Zaiton(cikgu aku darjah 6) cikgu are the best...)

2 comments:

Mdm Biar Betul said...

PERGH!!! NI NAMENYER BETUL2 BALAS DENDAM DH LAME X POST ENTRY.... BYK SUNGGUH ENTRY AMPA.... BUAT RESEARCH KER??? HEEE

Teka-teki said...

hehehe.. mane ada duk wat research cik oii..xde time la..buzy je.. ni entry pun on the dot kuar..hehehe