meeBo

Sunday, March 13, 2011

Aku sElePas iTu [part 1]


Hari-hari yang aku lalui bagai penantian yang amat panjang..mengira waktu yang tak tahu bila habisnya.
Sering kali hati ini bertanya..mengapakah aku? kenapa aku? Perlukah aku diduga bergini..Tanggal 20 september 2006 segalanya telah berubah dan mengubah hidup aku...Dalam tempoh yang aku lalui penuh perit sakit dan berbagai dugaan diwaktu itu terdengar suara yang mengatakan bahawa "Allah tidak zalim,Dia tidak menguji kita melebihi kemampuan kita,sesungguhnya Allah tahu yang terbaik untuk hamba Nya.Dalam tempoh beberapa hari getir di icu,disaat keluarga berduka aku tetap cuba untuk bertahan..Alhamdullillah masih diberi kesempatan hingga saat aku menulis entry ini.Hari-hari yang aku lalui selepas itu tidak semudah yang aku harapkan.Disaat ini jua pelbagai dugaan datang meyapa aku yang masih dalam keadaan kelam...sekali lagi hati bertanya KENAPA??? dan sepantas itu dibenak ku mengigati kata-kata dia yang telah pergi dari hidupku..."Allah tidak akan menguji kita diluar kemampuan kita" dan benak ini berfikir..mampukah aku mengalasnya? Ya Allah berikanlah aku kekuatan,aku insan lemah,Iman ku tipis..Disaat encik doktor berkata kepada ibu bahawa aku akan lumpuh,ibu hanya dapat mengesat air mata yag menitis dan berdoa agar aku akan sembuh.Takdir dan segala yang berlaku itu kehendak-Nya.Disaat itu aku mulai sedar bahaya nyawa kita yang sangat berharga ini hanya sekadar segelembung buih pabila ditiup angin ia akan hilang... Ya Allah besar sungguh kekuasa Mu..
[lokasi-icu-hos.tengku ampuan rahimah]

Next Entry :  Aku sElePas iTu [part 2]

4 comments:

liza said...

Setelah membaca entry ni, saya berpendapat bahawa Allah menguji seseorang bukan kerana Allah benci kepada kita tetapi percayalah bahawa Allah sangat kasih kepada kita.Kepada Incik teka-teki,jangan ada rasa rendah diri atas apa yang telah berlaku. Pasti Allah telah mengaturkan yang terbaik buat Incik teka teki kerana setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.Saya doakan semoga hidup Incik teka teki pada masa hadapan sentiasa bersinar umpama cahaya matahari yang menyinari sekalian alam.Bersyukur kepadaNya, kerana keluarga Incik teka teki sentiasa ada dengan Incik teka teki disaat kamu dalam kesusahan, jadi janganlah rasa sedih.Hanya satu, Allah sentiasa menolong hambaNya.Banyakkan berdoa dan jangan sesekali mengabaikan apa yg disuruh olehNya..wallahualam.(Peringatan untuk diri saya juga agar cekal dan tabah dalam mengharungi dugaan.
ikhlas dari: Cik perasaan 17thn walaupun 2 angka dpn dlm ic lain..:))

Teka-teki said...

Cik Liza.. Ye cik 17 TAHUN.. huhuhu

Saya paham dan terima dugaan ini,harap hati ini tabah mengharunginya.
InsyaAllah.

Thanks CIK 17 TAHUN KONON NYER>>hahaha

usop said...

sesungguh setiap apa yang kita alami ada hikmahnya, dan setiap kesusahan yang kita alami pasti ada orang yg lebih susah dari kita, kerana Allah maha tahu kemampuan kita...

Teka-teki said...

sy pun fikir begitu..