meeBo

Monday, July 9, 2012

Dalam Hidup


Bismillahirrahmanirrahim / بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم .

Assalamualaikum...

Lama gila aku tak buat entry kan..
Bukan apa Cuma tak ada mood nak berblog dan tak ada modal difikiran.

Entry ni bertajuk “Dalam Hidup” sebab lately banyak perkara yang terjadi dalam hidup aku,ada yang positif tidak kurang juga yang negative sering kali hati bertanya…betul kea pa yang aku buat ini? Apa pro dan contranya?

Setiap perkara dan keputusan yang diambil dengan rela atau terpaksa semua ada sebab dan penyebab dan bila ada perkataan “penyebab” ia adalah diluar kawalan kendiri aku sendiri.

Kadangkala keputusan yang diambil memang terlalu drastic,ada juga masa selepas keputusan itu dibuat hati akan bertanya…betul kea pa yang aku buat ini? Hai sang hati…jangan la kau buat aku ragu-ragu….kita kan satu team,kita perlu sokong satu sama lain…kata sang naluri..

Sesingkat masa berlalu,membibit pertemuan dimalam hari,atas dasar kerja membuah perkenalan.
Sesingkat masa sebulan aku telah terpesona dangan keperibadian dia,tidak pernah aku mengagumi seorang gadis sesingkat ini.

Perbatasan perhubungan dalam jangkawan kita lagi masa kini…BBM,whatapps,facebook…segala ini boleh menjadikan kita akrap walau dalam tempoh yang singkat.Bagi aku ia umpama berborak disepanjang masa yang dapat dicapai tangan ini dengan hanya memicit-micit butang yang tersusun rapi pada peranti blackberry.

Connection itu satu kebetulan tetapi keserasian antara kami juga satu menarik minat aku,dia juga ada minat ingin mengetahui apa yang aku minati,kami sering bertukar pendapat dan cerita.Mungkin terlalu awal untuk mengatakannya…tetapi aku terpaksa,tetapi percaturan aku sedikit tersilap,dia teah menolaknya kerana bagi dia tidak adil untuk menerima aku dan menolak si dia yang telah menunggu dia sekian lamanya,walau dia mengakui dia lebih selesa bersama aku,tetapi kerana tidak mahu menghampakan si dia yang elah menunggu dengan sabar,akhirnya keputusan dibuat.

Setiap yang berlaku kadangkala diluar kawalan kita,ada masa kita dah beruasah,kita dah berdoa dan jalan terakhir adalah tawakal,aku percaya Allah itu tidak pernahdan tidak akan kejam kepada hamba-Nya…Jika ditakdir dia bukan jodoh aku maka sekuat mana aku kejar dia akan semakin jauh,soa bagi aku aku lepaskan…biarkan dia dengan rentak dia,jika permintaan dia agar aku pergi,akan aku turuti jua,kerana bagiku..kebahagian sebenar adalah melihat orang yang aku sayang itu bahagia walau bukan dengan aku.Melihat dia bahagia bagi aku itu adalah kebahagian sebenar.

Jika telah ditakdir dia untukku,akan aku usahakan segala yang termampu untuk menjaga dia,dari yang terzahir hingga la ke lubuk hati dia,bukankah itu yang sewajarnya kita beri pada orang yang kita sayangi? Salah ke pemikiran aku ini wahai sang pembaca?

Hari ini 09-07-2012 kami masih berkawan,bagi aku ini pun mencukupi jika telah ditakdir Allah Cuma ini sahaja pertalian yang dapat aku jalinkan dengan dia.Jika ditakdir kami terpisah perhubungan satu hari nanti,pintaku Ya Allah,sentiasalah Kau lindungi dia Ya Allah.Berkatilah segala usaha dia,permudahkanlah segala perjalanannya dan jika dia bikan jodohku, temukanlah dia dengan seoarang lelaki yang dapat menjaga dia dan mencintainya sepenuh hati.

Amin..
Doa ku jua semoga selaga yang aku rancang menjadi,permudahkanlah segalanya Ya allah..Rayuku pada Mu Ya Rabb..Semoga dipermudah segala usaha dan perjalanan ku jua….InsyaAllah…Amin.

Saturday, April 7, 2012

Here tips how to splits 1 Astro Beyond to 2 TV


Hi guys,
Here I want to share what I do to split Astro beyond to 2nd TV..

Cost:
1-AEM extra link: RM48.00
2-PX Universal RCA-RF converter: RM78.00
3-Astro Beyond remote control: RM17.00
4-Coaxial cable: Use existing cable

I’m buy all this item at Jalan Kapar.I think Jalan Pasar Pudu@KL will be cheap then this…

As they said..Picture tell all the story.. I hope this can helping u guys..Beside is best to doing DIY..
Finally all channel working well
Including HD channel


Tuesday, February 21, 2012

Setiap PC yg menguna kan os Microsoft simpan bendera Israel??

Percaya tak setiap pc yg menguna kan os Microsoft simpan bendera Israel?? ikut la step ini kalau tak percaya..saya nasihat kan anda delete picture ini tp terpulanglah..sebab ia pc anda..

step:
1. Try buka komputer anda
2. Go to My computer
3. Click local disc (C)
4. Click program files
5. Click Microsoft Office
6. Click Media
7. Open CAGCAT10
8. Cari gambar bernama J0285926
 

Thursday, January 26, 2012

Proton Exora Bold Price,Spec and Picture


Price Listing : 
1) Proton Exora 1.6 Standard MT – RM59,998.00 (CPS Manual)
2) Proton Exora Bold 1.6 Executive MT – RM70,998.00 (CPS Manual)
3) Proton Exora Bold 1.6 Executive AT – RM74,998.00 (CPS Automatik 4AT)
4) Proton Exora Bold 1.6 Premium CVT – RM79,998.00 (CFE + CVT)
5) Proton Exora Prime – RM88,998.00 (CFE + CVT)



Proton Exora Bold Spec:  (Bold 1.6 E Manual Transmission)

 Engine type Inline-4, DOHC, 16V, CPS
 Engine Position Front
 Displacement (cc) 1597
 Max. Power (kW/rpm) 93/6500
 Max. Torque (Nm/rpm) 150/4500
 Bore/Stroke (mm) 76.0 x 88.0
 Compression Ratio 10
 Transmission 5 M/T
 Fuel Petrol
 Fuel Tank (litre) 55
 Fuel Delivery System MPI
 WheelBase (mm) 2730
 Overall Length (mm) 4592
 Overall Width (mm) 1809
 Overall Height (mm) 1691
 Front Track (mm) 0
 Rear Track (mm) 0
 Min. Turning Radius (m) 5.4
 Kerb Weight (kg) 1422
 Ground Clearance (mm) 0
 Steering Hydraulic Power Assisted
 Front Suspension MacPherson Strut
 Rear Suspension Torsion Beam
 Front Brakes Vent Disc
 Rear Brakes Drum
 Std. Tyre Size 195/65 R15
 Std. Wheel Size 15-in alloy
 Driving Wheels FWD                                    



Sunday, January 1, 2012

20 Telefon bimbit@telefon pintar terbaik / Top 20 mobile/smart phone

Setiap orang antara kita mesti memiliki sekurang-kurangnya sebuah telefon atau hari ini lebih ramai yang memilih telefon pintar (smart phone).Revolusi telefon pintar (smart phone) yang saban hari semakin maju, dulu kita memerlukan sebuah telefon bimbit untuk membuat pangilan dan untuk menguna khimat pesanan ringkas (SMS).Jika kita perlu mengambil gambar kita perlu membawa sebuah camera dan untuk mendapat pencapaian dunia luar tanpa sempadan pada waktu itu kita perlukan sebuah komputer untuk menghantar dan mendapatkan sebarang jenis maklumat dari rantaian internet.



Tetapi itu semua tinggal sejarah,zaman klasik Nokia 3310 yang amat terkenal.Kini kesemua tugas yang perlu dilakukan oleh setiap satu peralatan yang besar tadi telah dimampatkan dan ia telah berevolusi ke sebuah telefon  pintar atau lebih dikenali sebagai Smart Phone.

Ciri-ciri utama sebuah telefon pintar adalah fungsi asal telefon bimbit itu sendiri ia itu membuat pangilan tetapi ia juga telah dipermajui dangan membuat pangilan video.Ciri yang agak am bagi sebuah telefon bimbit ia itu menghantar dan menerima pesanan ringkas (SMS) tetapi ia telah dipermajui dengan Pesanan pelbagai media (MMS) yang mana kita boleh meletak gambar,video dan lagu pada pesanan ringkas ini.

Kita tidak lagi perlu untuk membawa kamera untuk merakam detik-detik indah dan tidak kira waktu,mungkin dalam keadaan spontan juga kita boleh mengambil gambar dengan hanya mengeluarkan telefon pintar kita dari dalam poket bahkan untuk mengambil video pun kita boleh berharap pada telefon yang pintar ini.

Hiburan adalah antara element penting bagi sebuah telefon pintas hari ini.Jika dahulu kita bermula dengan Walkman sebagai medium hiburan bergerak selepas itu dievolusikan dangan pemain CD mudah-alih dan kemudian medium pemain muzik digital MP3. Kini tugas menghibur ini terletak pada telefon pintar anda.Bila-bila waktu khimat ia diperlukan hanya semudah menekan menu sahaja,telinga kita sudah dapat menikmati alunan muzik yang diminati.

Teringat memori indah dan mahu menonton semula, dengan menekan menu pada telefon pintar anda sahaja semua kenangan indah yang telah diabadikan pada gambar atau video dapat dilihat dan ditonton tidak kira waktu atau tempat.Begitulah berkuasanya alatan ciptaan manusia yang sangat berpengaruh dalam hidup kita.

Seterusnya saya akan meperbariskan 20 telefon pintar yang terbaik bagi tahun 2011.Segala penilaian telah dilakukan oleh pihak www.techradar.com berdasarkan hasil jualan dan kepenguaan telefon pintar terbabit diserata dunia.

Tempat ke 20 : Samsung Galaxy S
 Samsung Galaxy S hanya berjaya untuk tinggal di ranking top 20 kita kerna ia telah mengurangkan harganya dan sekurang-kurangnya ia masih berberoperasi mengunakan versi terbaru Android juga.

Tempat ke 19 : Samsung Galaxy Ace
Jika diberi pilihan antara Galaxy S dan Galaxy Ace mungkin ramai antara kita kan memilih Galaxy Ace kerana reka bentuk yang mirip Iphone dan prestasi yang setanding Galaxy S.

Tempat ke 18: LG Optimus 3D
 LG Optimus 3D telefon pintar pertama yang dilengkapi dengan paparan digital 3D (tiga demensi)

Tempat ke 17: INQ Cloud Touch (Saya tidak pasti terdapat atau tidak di pasaran Malaysia)
Dalam memutuskan 20 telfon pintar,INQ Cloud Touch tersenarai kerana ia mempunyai rekabentuk yang menawan dan nipis juga kerana ia mempunyai prestasi yang mengagumkan bila kita bercakap mengenai kelajuan pemprosesan data.

Tempat ke 16: Motorola Atrix

Apabila Motorola mengumumkan Atrix di CES 2011, kami telah ditiup oleh teknologi yang disumbat ke dalam pakej kecil. Dwi teras Tegra 2 pemproses 1GHz, bateri 1930mAh dan skrin qHD bermakna Atrix itu jauh lebih berkuasa dari telefon pintar yang ada pada waktu ini.

Tempat ke 15: HTC Wildfire S
 HTC Wildfire S mungkin hanya evolusi dari siri sebelumnya iaitu HTC Wildfire tetapi ia tetap memilki daya penarik tersendiri.

Tempat ke 14: HTC ChaCha
 HTC Chacha mungkin lebih digemari oleh mereka yang dahaga jaringan sosial yang amat berpengaruh dikala ini.

Tempat ke 13: Google Nexus S
 Google Nexus S adalah peranti permata yang beroperasi mengunakan Android 2.3 dan ia antara telefon pintar yang terawal mengunaka teknologi NFC ( near field connection).Reka bentuk yang menawan dan prestasi paparan digital Super AMOLED dari Samsung.

Tempat ke 12: Sony Ericsson Xperia Mini / Mini Pro
 Sony Ericsson Xperia Mini / Mini Pro adalah evolusi yang berjaya dari model terdahulu iaitu Xperia X10 Min dan sesungguhnya pihak Sony Ericsson tahu kehendak pelangannya.

Tempat ke 11: iPhone 4
Tidak perlu diperkenalakan lagi siri Apple ini,ia adalah evolusi terbaik dari Iphone 3Gs.Dangan aplikasi yang sungguh banyak dan berguna menjadikan ia antar telefon pintar yang terhangat.

Tempat ke 10: BlackBerry Curve 9360
 Siri Curve telah menyelamat RIM dalam beberapa tahun kebelakangan ini, dengan The Curve 8520 amat popular tahun yang masih menjual selepas pelancaran.

Tempat ke 9: Orange Monte Carlo (Saya tidak pasti terdapat atau tidak di pasaran Malaysia)

 Bukan setiap telefon perlu kos beribu-ribu ringgit untuk digunakan, dan bagi orang-orang yang mahu versi terbaru Android, skrin besar untuk filem. Orange Monte Carlo adalah salah satu telefon pintar untuk dimilki.

Tempat ke 8:HTC Incredible S
 Keupayaan HTC untuk membuat telefon pintar berskrin besar pada Android seolah-olah tidak pernah berakhir, dengan hampir setiap model baru saban minggu.

Tempat ke 7: BlackBerry Bold 9900

RIM telah dibelengu sedikit masalah pada tahun 2011,tetapi ini tidak menghalang mereka membawa Bold 9900 ke pasaran.Ia memberi pengalaman mengunakan sistem pesananan dan layaran internet yang terbaik.


Tempat ke 6: Sony Ericsson Xperia Ray
 Sony Ericsson mempunyai sesuatu reboot telefon pintar pada tahun 2011, dengan siri-siri seperti Xperia Arc dan Xperia Mini membuktikan hits besar.

Tempat ke 5: HTC  Desire S
 Pihak techradar agak terkejut dengan populariti HTC Desire S,dengan harga yang agak berpatutan ia dikuasai dengan pemproses Dual Core yang memberi lebih kuasa pemprosesan data.HTC Desire S juga dilengkapi dengan HTC Sensation yang lebih mesra penguna.

Tempat ke 4: Sony Ericsson Arc S
 Apabila kita bercakap tentang Telefon Phoenix, selama-lamanya akan dibayangi Sony Ericsson Xperia Arc, dan walaupun hanya yang berusia beberapa bulan, ia sudah dinaik taraf itu Xperia Arc S.

Tempat ke 3: HTC Sensation

Umpama pertempuran hebat dalam saingan antara HTC Sensation dan Samsung Galaxy S2.
Kedua-dua dikuasai oleh pemproses dual core, kedua-duanya mempunyai perisian yang canggih dan kedua-dua jenama di belakang mereka telah menikmati kejayaan dengan Android pada masa-masa kebelakangan ini.

 Tempat ke 2: iPhone 4S
 Pasaran diserata dunia dikejutkan dengan pengumanan Apple mengenai iPhone 4S yang mana serata dunia mengosipkan bahawa Apple akan memasarkan iPhone 5 yang kononnya lutsinar sepertimana dapat dilihat dalam cerita "Real Steel".
Walau banyak saingan dari jenama lain,Apple tetap ungul dengan iPhone 4S yang lebih berkuasa dari iPhone 4 yang amat popular.

Tempat pertama : Samsung Galaxy S2

Kecewa? Tak perlulah kerana penilaian telah dibuat atas segala faktor seperti prestasi,nilai harga dan populari sesebuah telefon pintar.Pihak Techradar telah menilai kesemua aspek dan Samsung Galaxy S2 telah dinobatkan sebagai juara setakat ini.

Adakah anda fikir ia boleh memegang mahkota juara dan melihat cabaran iPhone 4S? Ya kenapa tidak, walaupun Apple mengeluarkan telefon pintar terbaik setakat ini, kita masih ada yang mengesyorkan pencabar dari Samsung untuk cabaran dari aspek rekabentuk dan aplikasi yang amat berguna yang dimampatkan dalam sebuah telefon pintar.

Apa yang memikat hati pihak Techradar adalah bagaimana Samsung "membungkus" segala perisian dan pemproses berkuasa dalam sebuah peralatan yang direka sangat menawan. Tahniah Samsung Galaxy S2 !!!