meeBo

Monday, July 9, 2012

Dalam Hidup


Bismillahirrahmanirrahim / بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم .

Assalamualaikum...

Lama gila aku tak buat entry kan..
Bukan apa Cuma tak ada mood nak berblog dan tak ada modal difikiran.

Entry ni bertajuk “Dalam Hidup” sebab lately banyak perkara yang terjadi dalam hidup aku,ada yang positif tidak kurang juga yang negative sering kali hati bertanya…betul kea pa yang aku buat ini? Apa pro dan contranya?

Setiap perkara dan keputusan yang diambil dengan rela atau terpaksa semua ada sebab dan penyebab dan bila ada perkataan “penyebab” ia adalah diluar kawalan kendiri aku sendiri.

Kadangkala keputusan yang diambil memang terlalu drastic,ada juga masa selepas keputusan itu dibuat hati akan bertanya…betul kea pa yang aku buat ini? Hai sang hati…jangan la kau buat aku ragu-ragu….kita kan satu team,kita perlu sokong satu sama lain…kata sang naluri..

Sesingkat masa berlalu,membibit pertemuan dimalam hari,atas dasar kerja membuah perkenalan.
Sesingkat masa sebulan aku telah terpesona dangan keperibadian dia,tidak pernah aku mengagumi seorang gadis sesingkat ini.

Perbatasan perhubungan dalam jangkawan kita lagi masa kini…BBM,whatapps,facebook…segala ini boleh menjadikan kita akrap walau dalam tempoh yang singkat.Bagi aku ia umpama berborak disepanjang masa yang dapat dicapai tangan ini dengan hanya memicit-micit butang yang tersusun rapi pada peranti blackberry.

Connection itu satu kebetulan tetapi keserasian antara kami juga satu menarik minat aku,dia juga ada minat ingin mengetahui apa yang aku minati,kami sering bertukar pendapat dan cerita.Mungkin terlalu awal untuk mengatakannya…tetapi aku terpaksa,tetapi percaturan aku sedikit tersilap,dia teah menolaknya kerana bagi dia tidak adil untuk menerima aku dan menolak si dia yang telah menunggu dia sekian lamanya,walau dia mengakui dia lebih selesa bersama aku,tetapi kerana tidak mahu menghampakan si dia yang elah menunggu dengan sabar,akhirnya keputusan dibuat.

Setiap yang berlaku kadangkala diluar kawalan kita,ada masa kita dah beruasah,kita dah berdoa dan jalan terakhir adalah tawakal,aku percaya Allah itu tidak pernahdan tidak akan kejam kepada hamba-Nya…Jika ditakdir dia bukan jodoh aku maka sekuat mana aku kejar dia akan semakin jauh,soa bagi aku aku lepaskan…biarkan dia dengan rentak dia,jika permintaan dia agar aku pergi,akan aku turuti jua,kerana bagiku..kebahagian sebenar adalah melihat orang yang aku sayang itu bahagia walau bukan dengan aku.Melihat dia bahagia bagi aku itu adalah kebahagian sebenar.

Jika telah ditakdir dia untukku,akan aku usahakan segala yang termampu untuk menjaga dia,dari yang terzahir hingga la ke lubuk hati dia,bukankah itu yang sewajarnya kita beri pada orang yang kita sayangi? Salah ke pemikiran aku ini wahai sang pembaca?

Hari ini 09-07-2012 kami masih berkawan,bagi aku ini pun mencukupi jika telah ditakdir Allah Cuma ini sahaja pertalian yang dapat aku jalinkan dengan dia.Jika ditakdir kami terpisah perhubungan satu hari nanti,pintaku Ya Allah,sentiasalah Kau lindungi dia Ya Allah.Berkatilah segala usaha dia,permudahkanlah segala perjalanannya dan jika dia bikan jodohku, temukanlah dia dengan seoarang lelaki yang dapat menjaga dia dan mencintainya sepenuh hati.

Amin..
Doa ku jua semoga selaga yang aku rancang menjadi,permudahkanlah segalanya Ya allah..Rayuku pada Mu Ya Rabb..Semoga dipermudah segala usaha dan perjalanan ku jua….InsyaAllah…Amin.

No comments: