meeBo

Sunday, October 24, 2010

HIV AIDS (Simdrom Kurang Daya Melawan Penyakit)

 Pengenalan

Sindrom Kurang Daya Tahan Melawan Penyakit atau lebih dikenali sebagai AIDS (bahasa Inggeris: Acquired Immune Deficiency Syndrome) (Sindrom Kelemahan/Kekurangan Imun Perolehan atau "SKIP")) ialah satu penyakit serius disebabkan oleh virus HIV (bahasa Inggeris: Human Immunodeficiency Virus).
AIDS disebabkan oleh virus HIV yang menyerang dan memusnahkan daya ketahanan badan. Seseorang individu mendapat AIDS apabila virus HIV merosakkan sistem pertahanan tubuh badan. Sistem pertahanan badan yang tidak berfungsi menjadikan individu mudah dijangkiti bakteria dan virus-virus lain yang boleh menyebabkan sakit teruk.

Asal usul HIV

Asal usul AIDS dan HIV telah menjadi tanda tanya saintis semenjak penyakit itu mula dikenalpasti pada awal tahun 1980-an. Kes pertama yang dikenalpasti sebagai AIDS berlaku di Amerika Syarikat pada awal tahun 1980-an apabila kebanyakan lelaki homoseksual di New York dan California menunjukkan jangkitan penyakit luar biasa dan kanser yang sukar dirawat. Pada masa itu, AIDS tidak mempunyai nama tetapi jelas pesakit-pesakit tersebut menunjukkan gejala sindrom yang sama.
Pada tahun 1982, pegawai-pegawai kesihatan mula mengunakan istilah "acquired immunodeficiency syndrome" atau AIDS untuk menerangkan kejadian-kejadian jangkitan luar biasa ini seperti barah Karposi Sarcoma dan pneumonia di kalangan masyarakat yang sebelum ini sihat. Laporan dan pengesanan pesakit AIDS secara rasmi bermula pada tahun itu di Amerika Syarikat. Pada tahun 1983, para saintis menemui virus yang mengakibatkan AIDS. Virus ini pada mulanya dinamakan HTLV-III/LAV (human T-cell lymphotropic virus-type III/lymphadenopathy associated virus) oleh sekumpulan saintis antarabangsa. Nama ini kemudian ditukar kepada HIV (human immunodeficiency virus).
Buat masa ini, para saintis masih tidak jelas tentang asal usul HIV dan bagaimana ia tersebar di kalangan masyarakat manusia. Kebanyakan saintis percaya bahawa HIV berasal dari primat lain. Kemudian pada tahun 1999, sekumpulan saintis telah melaporkan bahawa mereka telah menjumpai asal-usul HIV-1, jenis utama virus HIV yang terdapat di negara-negara maju. Satu subspesis cimpanzi, yang berasal dari Barat Afrika telah dikenalpasti sebagai punca virus ini. Mereka percaya bahawa HIV-1 didedahkan kepada manusia apabila pemburu-pemburu ini didedahkan kepada darah cimpanzi yang dijangkiti oleh virus ini.
Antara kajian yang dilakukan pada masa ini mendapati HIV yang paling awal diketahui dalam manusia ialah daripada contoh darah yang diambil daripada seorang lelaki pada tahun 1959 di Kinshasa, Republik Demokratik Congo. Cara bagaimana dia dijangkiti virus ini bagaimanapun tidak diketahui. Berdasarkan analisis genetik ke atas sempel darah menunjukkan kemungkinan jangkitan itu berasal daripada satu virus pada akhir tahun 1940-an atau awal tahun 1950-an.

Bagaimana HIV bertindak ke atas badan

Lazimnya, sistem pertahanan manusia bertindak sebagai perisai yang melindungi manusia daripada bakteria, virus dan sebagainya. Apabila virus HIV masuk dalam badan, ia mula merosakkan sel pertahanan tubuh badan yang dipanggil 'CD4 helper lymphocyte' (sel pembantu CD4). Sel CD4 bertindak sebagai utusan kepada sel-sel sistem pertahanan tubuh badan yang lain, memberitahu mereka untuk melawan organisma yang menceroboh. HIV melekat dan menjangkiti sel CD4 dan mejadikan sel CD4 sebagai tempat untuk menggandakan virus HIV. Dalam proses ini, sel CD4 yang dijangkiti hilang keupayaan untuk melawan jangkitan lain.
Apabila perisai ini lemah atau hilang, individu terbabit dikatakan dijangkiti AIDS. Mereka yang mendapat AIDS, tidak mampu untuk melawan pelbagai jangkitan dan boleh juga mendapat jenis kanser yang tertentu contohnya Karposi sarcoma dan lymphoma. AIDS boleh melibatkan semua sistem dalam tubuh badan.

Tanda-tanda seseorang yang positif HIV

Seseorang yang positif HIV (HIV+) dikatakan mempunyai AIDS apabila daya pertahanan badannya telah dirosakkan oleh virus HIV dan ditimpa jangkitan HIV yang teruk. Tanda-tanda jangkitan HIV dan AIDS mungkin tidak jelas untuk beberapa tahun dan seseorang mungkin tidak mengetahui yang dia telah mendapat penyakit ini. Walaubagaimanapun individu terbabit masih boleh meyebarkan virus HIV kepada orang lain pada peringkat ini. Jangkamasa tanda-tanda ini timbul bergantung kepada individu. Jika individu yang positif HIV tidak mendapatkan rawatan, ia akan mengambil purata 8-10 tahun daripada HIV kepada AIDS.[1]
CDC Amerika Syarikat mendefinasikan AIDS di kalangan orang dewasa and remaja yang berumur 13 tahun ke atas dengan kewujudan satu atau lebih dari 26 penyakit yang menandakan pemendaman sistem daya pertahanan immunosuppression teruk dikaitkan dengan jangkitan HIV, seperti pneumocystis carinii pneumonia (PCP), satu keadaan yang amat jarang di kalangan mereka yang sihat tanpa jangkitan HIV. Kebanyakan keadaan ditakrifkan sebagai AIDS juga merupakan "jangkitan mengambil peluang" yang jarang mendatangkan bahaya pada orang yang sihat. Diagnosis AIDS juga diberikan kepada individual dijangkiti HIV apabila kiraan sel-T CD4+ jatuh di bawah 200 sel/millimeter persegi (mm3) darah. Orang dewasa sihat biasanya mempunyai bilangan sel-T CD4+ sekitar 600-1,500/mm3 darah. Bagi kanak-kanak dijangkiti HIV di bawah umur 13 tahun, takrifan CDC bagi AIDS adalah sama dengan remaja dan dewasa, kecuali dengan tambahan jangkitan yang biasa dilihat bagi pesakit kanak-kanak dengan HIV.
Secara ringkas, apabila sistem pertahanan tubuh dilumpuhkan oleh penyakit AIDS/HIV, tanda-tandanya termasuk:
  • Terlalu lemah dan lesu
  • Penurunan berat badan yang mendadak
  • Demam panas yang kerap
  • Peluh malam
  • Kelenjar limfa membengkak
  • Ruam kulit dan ulser pada permukaan mukosa. Contoh : lapisan dalam mulut
  • Cirit-birit yang kronik
  • Batuk kronik
  • Hilang ingatan
  • Jangkitan teruk yang tidak dapat dirawat
 Cara sebaran
HIV/AIDS dapat disebarkan melalui cecair badan:
  • Perhubungan seks tanpa kondom
  • Penerimaan darah yang tercemar
  • Perkongsian jarum suntikan dadah
  • Dari ibu ke anak semasa mengandung atau pelahiran atau menyusu
HIV/AIDS tidak boleh disebarkan sekadar melalui:
  • Perciuman atau berpeluk
  • Pergaulan harian di tempat awam seperti di sekolah atau tempat kerja
  • Makan di restoran atau membeli-belah di pasaraya
  • Berenang di kolam renang awam
  • Gigitan nyamuk atau serangga lain

Khatan dan kesannya

Dalam beberapa kajian yang dijalankan, terutamanya di Afrika, terdapat penemuan bahawa berkhatan mengurangkan kadar penyebaran AIDs dan barah pangkal rahim. Bagaimanapun berkhatan tidak menghapuskan risiko tersebut 100%. Hasil kajian tersebut turut diiktiraf oleh program Pertubuhan Kesihatan Sedunia dan UNAIDS hasil 3 kajian klinikal yang membuktikan lelaki yang berkhatan mempunyai 50% hingga 60% kurang risiko berbanding lelaki tidak berkhatan bagi dijangkiti HIV semasa hubungan seks berkelamin (tidak termasuk hubungan gay).Sebaliknya sesetengah pejuang hak wanita pula mendakwa ia mampu memburukkan kadar penularan dikalangan wanita. Sebahagian yang lain pula merasakan berkhatan tidak memberi kesan kepada penyebaran AIDs, bagaimanapun tidak tanpa bukti kajian klinikal bagi menyokong dakwaan mereka.





Tuesday, October 19, 2010

Kesempurnaan dan sesuatu... (with song:Samsons - Kisah tak sempurna)

Kesempurnaan......
Kata dasarnya adalah "sempurna". Apa itu kesempurnaan bagi korang?? apa definasi kesempurnaan bagi korang??
Ramai yang sanggup melepaskan atau meninggalkan "sesuatu" yang sedang mereka miliki untuk "sesuatu" yang bagi mereka adalah lebih sempurna dari yang sedia ada tadi.

Mereka sentiasa mengharapkan "sesuatu" yang baru itu memberi satu bentu kesempurnaan yang mana dirasakan tidak dapat diberi oleh "sesuatu" yang lama tadi. 

Tetapi apa yang sering terjadi pabila mereka telah memiliki "sesuatu" yang baru setelah melepasakan "sesuatu" yang lama tadi akan wujud satu perasaan yang lebih dikenali sebagai...penyesalan(tidak banyak,sedikit pasti ada).

Lantaran rasa penyesalan ini kan menghasilkan kesedaran bahawa tiada yang sempurna.Baru akan terasa bahawa yang lama itu lebih baik walau tidak sempurna.

Bak kata pepatah "dah terhantuk baru meradang".Kelewatan kita menyedari bahawa "sesuatu" yang telah kita tinggalkan itu adalah lebih baik dari "sesuatu" yang kita kata lebih sempurna.

Sayang seribu kali sayang kerana kita telah terlewat."Sesuatu" yang lama itu telah dimilki oleh orang lain.Tiada lagi yang mampu kita lakukan untuk memiliki "sesuatu" itu semula.
Hanya kekuasaan Allah yang dapat menentukan ia.....

So point of the story ni adalah...Hargailah setiap "sesuatu" yang kita milki itu. Bersyukurlah dengan kehadiran ia. Allah pasti punya rencana terbaik untuk kita bagi setiap aturan yang telah ditetapkan-Nya.

Jika kita hanya mencari kesempurnaan setiap satunya,nescaya tiada yang akan kita ketemu kerana tidak mungkin ada yang sempurna 100% di dunia ini.Tepuk dahi..hentak kepala..soal diri kita...sempurnakah aku??? Lantas terdetik dalah hati.. "of course not"  jawapan yang terbit jauh dari sudut hati itu iklas...

Kita manusia dan "sesuatu" nya dicipta dengan kelebihan dan kekurangan masing-masing.
Tetapi jika telah terlanjur melakukannya...teruskan jalan yang telah terbentang luas dihadapan kita.Jangan toleh belakang lagi."life must go on" .Kita perlu ingat bahawa semalam adalah kenangan,hari ini adalah kenyataan,esok adalah harapan....
~~nurkilan rasa...teke-teki~~

Samsons - kisah tak sempurna
(lirik,download lagu,video,mtv)

aku memang tak berhati besar
untuk memahami
hatimu disana
aku memang tak berlapang dada
untuk menyadari
kau bukan milikku lagi
ref:
dengar dengarkan aku
aku akan bertahan sampai kapanpun
sampai kapanpun
wow.. wow…
maafkan aku
yang tak sempurna tuk dirimu
usailah sudah kisah yang tak sempurna
untuk kita kenang
andai aku dapat merelakan
setiap kepingan
butiran kenangan indah
andai aku sanggup menjalani
setiap detik
dan waktu mendatang





Sunday, October 17, 2010

Tengku Mahaleel Tengku Ariff Menjawab Isu Mengenai Proton

Berikut adalah enam isu pokok yang menghantui Proton semasa Tengku Mahaleel Tengku Ariff memimpinnya.
Kini beliau bebas menjawabnya.

1. PROTON MENGAKIBATKAN KERAJAAN MENANGGUNG BEBAN KEWANGAN
Bagaimana sebenarnya ia didefinisikan? Apakah ia bermaksud kerajaan memberi subsidi kepada Proton? Atau Proton telah di`bailed-out'?
Jika mengatakan pinjaman kerajaan, itu memang ada. Pinjaman dari kerajaan kepada Hicom untuk Proton sebanyak RM785 juta.
Mengikut perjanjian, pinjaman itu harus dibayar balik menjelang 2012. Tetapi kami berjaya mempercepatkannya tujuh tahun lebih awal, iaitu pada tahun 2007.
Baki hutang sekarang hanya RM115 juta dan tahun depan kurang daripada RM100 juta. Dengan tunai RM2.4 bilion, Proton boleh dengan mudah menjelaskan kesemua hutang tersebut. Mana GLC yang mempercepatkan pembayaran balik hutang kerajaan? Jadi, di mana kerajaan rugi?

2. PROTON MENIKMATI PENGECUALIAN CUKAI
Semua kereta berstatus nasional menikmati rebat cukai dan tidak Proton sahaja. Pada satu tahap, saya mempercayai inilah kadar-kadar cukainya: Naza Kia menerima `0' cukai import - ia adalah syarikat persendirian.
Hyundai Atos dikenakan 5 peratus cukai - ini bukan kereta nasional pun.
Perodua Kancil juga menerima `0' cukai import - ini adalah syarikat asing.
Proton membayar 13.5 peratus cukai import bagi kebanyakan model-modelnya.
Jadi mengapa Proton sahaja yang dilaung-laungkan orang supaya dilepaskan perlindungan?
Saya telah berterusan merayu supaya diwujudkan padang permainan yang sama. Sama juga dengan duti eksais. Tapi tiada siapa mendengar.
Sebaliknya, Proton dibelasah kerana kita mengimport dalam bilangan kecil dan tidak menikmati cukai import tetapi membayar lebih tinggi cukai eksais daripada pesaing.
Malahan, Proton telah membayar duti dan cukai berjumlah RM10 bilion sejak 10 tahun lalu. Adakah syarikat kereta termasuk kereta nasional lain membayar cukai sebanyak itu?

3. KERETA PROTON BERHARGA MAHAL
Apa dan bagaimana kita membuat perbandingan? Kerajaan mengenakan cukai antara RM6,000 hingga RM10,000 bagi sesebuah kereta Proton.
Jika tanpa cukai-cukai itu, Gen 2 boleh dijual pada harga RM42,000 sahaja.
Harga model baru Proton kini lebih murah berbanding model lama. Misalnya bagi Wira 1.5 liter, harganya ialah RM55,000 tetapi Gen 2 1.6 liter pula RM52,000. Masih mahal jugakah?

4. PROTON BERKUALITI RENDAH
Setiap hari kita mendengar keluhan ini. Daripada golongan atasan hinggalah masyarakat umum menerusi media.
Bukankah semua kereta mempunyai kerosakan yang memerlukan pemanggilan balik membabitkan pengeluar seperti Toyota, Honda, Ford, GM, Mercedes-Benz dan lain-lain.
Proton juga terpaksa memanggil balik Perdana beberapa tahun lalu. Sebenarnya Mercedes juga mengalami masalah tingkap elektronik.
Proton memiliki 2 juta pelanggan yang 90 peratus daripada adalah di Malaysia. Jadi keluh-kesah itu mewakili berapa ramai? Satu peratus ialah 20,000 orang. Bagaimana baki 1.98 juta?
Dalam soal kualiti, auto industri menggunakan dua kaedah penilaian iaitu mata dimerit dan kecacatan setiap satu kereta.
Pada tahun 1997, mata dimerit Proton ialah 20 dan semasa saya mentadbir Proton, mata itu menurun kepada 6 yang menyamai penanda aras dunia.
Dari segi kecacatan setiap satu kereta, sebelum itu ialah di atas 10 tetapi sejak operasi di Tanjung Malim dan TUV, Proton di paras 4 mata.
Sekian lama juga saya mempercayai bahawa ketika EON menjadi pengedar tunggal, ia telah mencipta gambaran buruk terhadap kereta Proton dengan tumpuannya menjual aksesori kepada pelanggan yang tidak mahukannya. EON sepatutnya memberi tumpuan kepada soal kualiti dan kepuasan pelanggan.
Atas sebab inilah Proton menubuhkan Proton Edar supaya ia boleh memberi perkhidmatan lebih baik kepada pelanggan.
Terdapat juga beberapa menteri menyatakan rasa tidak puas hati terhadap kualiti Proton.
Tahukah awak beberapa orang di antaranya tidak mengguna pun kereta Proton walaupun dasar kerajaan menetapkannya begitu. Mereka memandu Mercedes, Lexus, Toyota dan Kia.
Jadi apabila awak tidak memandu Proton, mana datangnya hak untuk membuat kenyataan seumpamanya?

5. PROTON MERUGIKAN KERAJAAN
Proton telah membayar cukai sebanyak RM18 bilion dan daripada hasil eksport telah membawa pulang tukaran asing bernilai RM6 bilion.
Proton sendiri telah melabur semula sebanyak RM3.4 bilion bagi membina kilang-kilang, produk dan kejuruteraan.
Kumpulan Proton meningkatkan bila-ngan tenaga kerjanya daripada 5,200 orang pada 1996 kepada 11,000 orang tahun ini.
Jadi bagaimana kami membebankan kerajaan?
Yang membebankan kerajaan dan menyebabkan inflasi, pada pendapat saya ialah isu perisytiharan rendah kereta import dan alat ganti.
Di manakah dalam dunia ini kereta import menerusi Pelabuhan Klang berharga separuh daripada harga komputer bimbit.
Jika kerajaan lebih cekap dalam penilai-an dan kutipan, wang tersebut boleh digunakan semula bagi membantu rakyat membasmi inflasi.
Perlu saya tegaskan bahawa Proton tidak pernah merayu meminta bantuan kerajaan walaupun semasa krisis kewangan 1997. Sebaliknya, Proton memberi pinjaman RM1.3 bilion kepada EON dan para vendors untuk membantu mereka hidup. Patutnya, Proton diberi lesen perbankan ketika itu.

6. PROTON DITUTUP SAJA
Gesaan sebegini diselubungi pelbagai agenda tersembunyi yang sukar saya hendak jelaskan.
Lebih membingungkan ialah hanya pada Februari lalu, Kabinet menyatakan rasa puas hati dengan kemajuan Proton dalam memenuhi matlamat yang ditetapkan dan memahami cabaran seperti AFTA dan akan terus menyokong agenda nasional Proton.
Kalau hendak menggesa Proton ditutup, bermakna mana-mana GLC atau universiti awam juga boleh dilakukan gesaan yang sama.
Tetapi persoalannya, nanti apa yang tinggal pada kita? Memandangkan kita tidak dapat mengendalikan MAS, TNB dan TM, mengapa tidak pelawa Singapore Airlines, Vodafone dan Citibank mengambil alih?
Lagi baik ialah gajikan pemain China mewakili kita dalam badminton. Biarkan kita jual dan beli aset.

Inikah Malaysia baru yang kita mahu? Renunglah diri sejenak.


Thursday, October 14, 2010

Seorang lelaki ego


Dia terlalu sayangkan aku. Itu yang aku sangat pasti. Atas sebab itu aku rasa terlalu selesa kerana aku yakin dia tak kan meninggalkan aku. Dia sanggup mengetepikan kepentingan diri sebab nak menjaga hati aku. Sering aku biarkan dia memujuk dirinya sendiri bila dia merajuk. Buat apa aku nak pening-pening pujuk dia kalau dia sendiri akan kembali padaku dan meminta maaf atas keterlanjuran sikapnya sendiri. Sebarang perselisihan, dia yang akan mengalah dan dia akan menyalahkan dirinya sendiri walaupun jelas memang salahku.

Dia wanita yang rela berkorban apa sahaja kecuali satu, dia tak mahu dirinya disentuh sebelum kami memiliki ikatan yang sah . Dan atas sebab yang satu itu aku rasa dia perempuan yang membosankan. Nak pimpin tangan pun tak boleh. Apatah lagi nak peluk. Ada pun bergesel bahu itu pun sebab aku yang sengaja. Sampai satu tahap aku rasa dia sangat membosankan. Aku cemburu tengok kawan-kawan aku boleh pegang tangan awek diorang. Tapi aku? Bila aku cakap macam tu, dia cuma senyum dan cakap pada aku, “Belum tentu perempuan yang sentuh boyfriend dia tu sayang boyfriend dia lebih dari saya sayang awak… Belum tentu perempuan tu ada masa susah senang boyfriend dia macam saya ada untuk awak…

Yang nyata, aku langsung tak setuju jawapan dia tu. Aku tengok pasangan lain bahagia, sudah tentu girlfriend kawan-kawan aku sayangkan mereka sebab girlfriend masing-masing membelai kawan-kawan aku dengan penuh kasih sayang. Tapi aku? Jangan harap. Balik-balik jawapan yang sama. Tunggu lepas kahwin. Aku bosan tahu tak! Sampai satu masa aku dah tak tahan lagi. Aku minta kami berpisah. Aku nampak air matanya berlinang tapi sikit pun aku tak rasa kasihan.

“Mungkin kita tak ada jodoh. Awak lelaki yang baik. Awak berhak dapat perempuan yang lebih baik. Saya nak awak janji dengan saya satu benda, untuk kali terakhir. Satu hari nanti bila awak jatuh cinta dan awak betul-betul sayangkan dia, hargai perempuan tu. Mudah-mudahan perempuan tu akan sayang awak, terima awak seadanya, hormati awak sebagai lelaki dan yang paling penting bahagiakan awak. Saya akan bahagia tengok awak bahagia,” tu kata-kata terakhir dia untuk aku. Dia senyum walaupun air mata berlinang.

Argh! Tak habis-habis nak tunjuk mulia. Bosanlah dengan perempuan macam ni. Malas aku menghadap dia lama-lama. Cepat-cepat aku nak blah dari situ. Tiba-tiba ada bunyi hon dan sedar-sedar aku sudah tersungkur di seberang jalan. Satu dentuman yang kuat bergema dan aku lihat dia terbaring di hadapan sebuah kereta. Dia selamatkan aku! Lelaki yang dah menyakitinya! Darah membuak-buak keluar dari kepalanya. Ambulans datang dan membawa aku dan dia pergi.

Di hospital keadaan kelam kabut. Dia perlu dibedah segera kerana kecederaan teruk di kepala. Ramai kawan-kawan dan keluarganya turut ada sama. Aku tengok seorang wanita yang hampir sebaya ibuku menangis. Mungkin ibu dia. Mengalirnya air mata seorang ibu kerana aku. Rasa bersalah menimpa aku. Aku dah sakiti dia tapi dia rela berkorban nyawa untuk aku. Aku berdoa semoga dia selamat. Semoga aku sempat meminta maaf. Semoga masih ada ruang dalam hati dia untuk aku. Dia sangat baik. Aku tak mahu kehilangan dia. Dia ikhlas sayangkan aku.

Selepas beberapa jam pembedahan selesai. Dia berada di dalam ICU. Dia koma, tapi doktor kata dia masih mampu mendengar. Tiba-tiba seorang kawannya menghampiri aku. Kawannya menghulurkan sesuatu. “Aku rasa benda ni dia nak bagi pada kau,” hanya itu yang gadis itu ucapkan pada aku. Kawannya terus berlalu selepas itu. Pandangan kawannya pada aku penuh benci. Tahukan kawan dia tentang kejadian sebenar? Yang nyata aku tak pernah mahu berbaik dengan kawan-kawan dia. Pernah juga dia bersuara tentang hal itu tapi aku sekadar buat tak tahu.

Pulang sahaja aku buka bungkusan itu. Pasti hadiah untuk hari lahirku. Hari lahirku dua minggu lagi. Balutan kertas itu kubuka dan di dalamnya ada botol kaca berbentuk hati. Di dalam botol itu penuh dengan origami berbentuk bintang. Ada kad kecil berwarna biru kegemaranku. Aku sebak membaca bait-bait dalam kad itu.

“Dalam origami bintang ni ada kata-kata saya untuk awak. Awak buka setiap hari SATU sahaja. Mungkin saya tak dapat nak hubungi awak setiap hari sebab kesibukan kerja. Tapi, bila awak baca setiap hari, anggaplah setiap hari saya berhubung dengan awak. Saya nak awak tahu setiap masa awak ada dalam hati saya. Happy Birthday sayang…”

Aku buka botol kaca berbentuk hati itu dan kuambil satu bintang. Kubuka origami itu dan di dalamnya tertulis, “Love is like a poisonous mushroom. You don’t know if it is the real thing until it is too late..” Aku tersenyum sendiri. Aku buka lagi bintang yang seterusnya. Walaupun dia meletakkan syarat satu hari cuma satu. Di dalam semua origami itu penuh kata-kata semangatnya untuk aku dan suara cintanya yang ikhlas. Demi Allah, sepanjang aku bergelar lelaki dewasa, inilah pertama kali aku menangis semahunya. Air mata aku tak berhenti mengalir sepanjang membaca kata-kata dalam origami itu sehingga habis semuanya kubaca. Aku telah menyakiti seorang wanita yang luhur.

Aku melawatnya di hospital. Walaupun mukanya penuh calar, bibirnya pucat dan kepalanya berbalut, dia tetap cantik di mata aku. Dia bukanlah wanita yang memerlukan make up tebal kerana dia memiliki kecantikan asli. Atas sebab itu aku menghalangnya terlalu rapat dengan mana-mana lelaki kerana gusar jika ada yang tertarik. Dia sekadar menurut. Demi menjaga hati aku. Aku capai tangannya yang berselirat dengan pelbagai wayar yang aku pun tak tahu. Sejuk tapi betapa lembutnya tangannya. Pertama kali aku menyentuhnya.

Aku bisikkan ketelinganya, “Sayang..saya datang… Cepatlah sedar. Saya rindukan awak. Saya banyak bersalah pada awak. Saya minta maaf,” pertama kali aku minta maaf darinya. Tiba-tiba denyutan nadinya jadi tidak menentu. Aku panic.

“Hei, apa yang kau dah buat pada dia? Tak cukup kau sakiti kawan aku?” jerkahan kawannya mengejutkan aku. Doktor dan beberapa jururawat bergegas masuk dan aku diminta keluar.

Setiap hari aku berdoa supaya dia cepat sembuh, cepat sedar. Aku gusar sekiranya Allah mengambil nyawanya. Bukan aku tidak redha dengan ketentuan, aku sedar aku masih perlukan dia. Aku sayangkan dia. Genap dua minggu, aku mendapat berita dia sudah sedar. Aku bersyukur. Inilah hadiah hari lahir yang paling bermakna untuk aku. Dia juga sudah dipindahkan ke wad biasa. Aku mahu melawat dia. Aku rindu senyuman dia.

Aku mendapat panggilan telefon yang meminta aku mengambil tempahan. Namun kerana terlalu gelojoh, aku terlanggar botol kaca bentuk hati pemberian dia. Ah, semuanya akan aku uruskan nanti. Aku biarkan serpihan kaca bertaburan di lantai.

Tak sangka dia menempah kek khas untuk aku. Dia atas kek itu tertera bahagian belakang jersi pasukan bola sepak kegemaranku, Arsenal berserta namaku dan nombor kegemaranku. Aku senyum sendiri. Bahagianya aku.

“Abang bertuah. Girlfriend abang cakap dia tak tahu apa-apa fasal bola. Dia cuma tahu pasukan apa yang abang minat dan nombor yang abang suka. Sebab tu dia tempah kek ni khas untuk abang dan minta abang ambil sebab dia nak buat surprise. Dia cakap
dia nak makan kek ni dengan abang. Kakak tu cantik, baik pulak tu. Abang kirim salam pada akak ya? Abang jaga akak tu elok-elok,” ramah gadis yang bekerja sebagai juruwang di kedai itu memberitahuku. Aku senyum sepanjang jalan ke hospital.

Sampai di hospital aku lihat dia sedang duduk di atas katil. Tiada sesiapa bersamanya. Dia sekadar termenung. Aku senyum padanya. Dia seakan terkejut melihat aku datang. Aku terfikir juga, boleh ke orang sakit makan kek? Tapi kan dia nak makan kek ni dengan aku.

“Sayang.. terima kasih kek ni. Saya happy sangat awak dah sedar. Adik cashier kedai tu kirim salam pada awak. Dia cakap awak nak makan kek ni dengan saya. Saya suapkan ya?” aku suakan sudu pada dia. Tapi sesuatu yang aku tak pernah duga, dia tepis tangan aku sampai sudu terpelanting ke lantai. Dia tak pernah kasar dengan aku. Dia selalu melayan aku dengan lembut. Aku pernah cuba pegang tangan dia pun dia tolak dengan baik. Mungkin dia terlalu terluka dengan aku.

“Baliklah. Saya makin sakit tengok awak. Bawak balik kek tu sekali. Saya tak nak tengok apa-apa berkaitan awak lagi,” pantas dia menarik selimut menutup muka. Aku terkedu sendiri. Dia tak mahu pandang aku lagi. Hati dia dah tertutup untuk aku. Dia tak pernah macam ni. “Baliklah. Saya makin sakit tengok awak. Bawak balik kek tu sekali. Saya tak nak tengok apa-apa berkaitan awak lagi,” pantas dia menarik selimut menutup muka. Aku terkedu sendiri. Dia tak mahu pandang aku lagi. Hati dia dah tertutup untuk aku. Dia tak pernah macam ni.

Selang beberapa hari, aku datang lagi tapi katil dia sudah kosong. Aku risau jika apa-apa yang buruk berlaku padanya. Dari jururawat aku tahu dia sudah dibenarkan pulang kerana keadaanya sudah stabil. Tapi yang mebuatkan jantung aku hampir gugur bila jururawat itu memberitahu dia masih menjalani rawatan susulan dan terapi kerana dia lumpuh. Dia lumpuh kerana aku!

Itu semua tiga tahun yang lalu. Sejak kejadian tu aku tak pernah jumpa dia lagi. Tahu apa-apa khabar berita pun tidak kerana aku memang tak pernah nak berbaik dengan kawan-kawannya. Walaupun sudah tiga tahun tapi aku masih merinduinya. Aku tak jumpa wanita yang mampu menyayangi aku lebih dari dia. Ah, panjangnya menung aku sampai nasi di hadapan mata sudah hampir dingin.

Baru aku hendak menyuap makanan ke dalam mulut, mataku terpaku pada satu wajah yang duduk selang beberapa meja dari aku. Dia? Aku pasti tu dia. Senyum dia masih sama. Tapi keadaan tidak lagi serupa. Dia sedang makan bersama lelaki lain.
Sesekali aku lihat dia mengusap perutnya. Dia mengandung. Maknanya dia sudah kahwin. Dan aku lihat lelaki yang juga makan di sebelahnya mengusap-usap tangan dia. Pasti itu suaminya. Dan aku sedar aku tak setanding suaminya sebab lelaki itu kelihatan lebih serba-serbi dari aku. Air mataku rasa ingin mengalir. Senyuman mahal milik dia yang dulu cuma untuk aku kini khas buat lelaki lain.

Suaminya lelaki bertuah. Itu aku tak nafikan. Cuma suaminya yang dapat menyentuhnya. Cuma suaminya yang dapat melihat apa yang terlindung. Dan aku sangat pasti, cuma suaminya yang mendapat takhta paling agung dalam hatinya yang suci.

Dia seperti botol kaca berbentuk hati yang pernah diberikan padaku dulu. Botol itu sudah pecah, namun aku sudah ganti dengan yang baru. Yang sama tapi tak serupa. Botol yang lama dipilih oleh dia dan yang baru dipilih oleh aku. Walapun aku masih menyimpan serpihan kaca botol itu, bentuknya tak lagi sama macam dulu. Dan sangat mustahil untuk kembali seperti dulu.

Pesanan buat semua lelaki, hargailah wanita yang menyayangi kamu. Jangan jadi macam aku. Matanya sangat cantik tapi aku selalu biarkan dia mengalirkan air mata dengan perbuatanku. Hidungnya yang kecil dan comel selalu aku sesakkan dengan asap rokokku walaupun aku tahu dia tak suka dan asap rokok boleh buat dia sakit kepala. Bibirnya sangat indah tapi aku selalu biarkan bibir itu tersenyum paksa kerana mangalah dengan setiap kemahuanku. Telinganya aku tak pernah nampak, terlindung, tapi telinga itu sering aku biarkan menerima segala marahku. Hatinya sangat lembut, dan aku selalu toreh dengan belati tajam dan aku biarkan dia merawat sendiri luka itu. Akhirnya, aku hanyalah lelaki ego yang tak memiliki apa-apa kerana dia sudah dimiliki orang lain.

Nombor pendaftaran WTF (what the f**k)

Nombor pendaftaran kenderaan WTF agak popular dan selalu dijadikan lawak sinis.. Tetapi tahu kah anda berapa harga untuk memilki nombor pendaftaran berkenaan...Lihat gambar dibawah RM86,680.00

Proton Inspira model terbaru dari Proton

Model terbaru dari Proton yang menjawab teka-teki tentang model yang dikatakan hampir menyerupai Mitshubishi Lancer GT.
Dari pengamatan model ini memang seperti Mitshubishi Lancer GT yang di- rebadge kan.
Petikan dari Belutin utama tadi menyatakan bahawa ia telah dibuka untuk tempahan hari ini(14 okt 2010) dengan harga jualan RM79,888.00.
Dengan mengunakan engine Mivec dan sistem tranmisi Invecs dari Mitsubishi .
Ini merupakan kerjasama antara Proton dan Mitsubishi dimana ia adalah platform untuk memajukan teknology Proton.
Model ini yang mengunakan  tranmisi Invecs dengan CVT (Continuously Variable Tranmission) dan menambah gaya sporty dimana terdapat pedal shift di steering.
Dato Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir berkata model ini bukan pengati bagi model Proton Waja tetapi beliau juga turut menyatakan bahawa model Proton Waja akan dihentikan produksi bagi segmen tempatan.
Nantikan pelancaran rasmi model terbaru dari Proton ini pada 10 November 2010..






Tweak Network 1.5 Mozilla Firefox add-on (guied mudah sahaja)

 Add-on ni akan membantu Mozilla firefox browser anda cepat download page yg anda buka..

Langkah pertama down add on ni di LINK ini dan just downloan ia akan run sendiri
gambar sebagai contoh: (klik gambar utk pembesaran)

step 1)  Setelah pergi ke link yg sy beri boleh la mula langah2 down seperti gambar di atas.

step 2) Ikut sahaj langkah yg telah sy terang kan dlm pic ni...

step 3) Haaa jugak follow jek mcm yg tertulis tu..

step 4) Begitu juga lah guide yag ini..follow je mcm yg tertulis tu... (tak byk lagi..hehehe jap lagi power la firefox kowang..huhu)

step 5) Setelah Add-on tadi selesai di ADD-ON kan..kowang leh la restart firefox kowang (tlg jangan tyn mcm ne nak restart firefox aaahh!!)

step 6) Klik pada "Tools" dan pada box yang keluar setelah anda klik "tools" sila cari "Tweak Network Setting" dan seterusnya klik "ok" pada warning box yang muncul secara tiba2... selepas itu botak misteri yang berikut akan muncul..seperti dibawah (huhu relax jgn takut ia selamat telah diuji sy sndri)

step 7) Sila ubah dari "Default" setting yg sedia ada ke setting seperti diatas untuk prestasi yg memuaskan.

step 8) enjoy!!!!! selamat browser dengan power skit dari dlu.. selamat mencuba..

SEKIAN TERIMA KASIH``` 



Add-on for Mozilla Firefox

Macam-macam add-on untuk Mozilla Firefox yang boleh melajukan anda melayri internet dan juga memudahkan anda download dari youtube dan mana-mana sumber.

https://addons.mozilla.org/en-US/firefox/

Wednesday, October 13, 2010

Aizat-Sungai Lui

Aizat-Sungai Lui

Pejamkan matu mu untuk ku
Dengarlah dunia berkata-kata
Usah kau ragu disini tempatmu
Walau berubah dimata kita
Tetap indah selagi kau masih percaya

Tertawa kecewa terpisah
Jalan yang lurus yang berhalang
Adakah semua ini yang ku inginkan
Ataupun hanya mengejar dunia semata-mata
Ku harap ku masih percaya
Adakah semua ini yang ku inginkan
Ataupun hanya mengejar dunia semata-mata
Ku harap ku masih percaya
Bukalah matamu
Biar aku memelukmu
Kita bersama masih muda masih mentah
Ku harap kau masih percaya
Selama ini ( 7x )

kepada yang berminat untuk download ni ada link nyer..

Monday, October 11, 2010

Sekuntum Bunga ditebing Gunung (Nurkilan seorang isteri)

Saya merindui saat-saat romantis seperti seorang anak kecil yang sentiasa mengharapkan belaian ayah dan ibunya. Tetapi, semua itu tidak pernah saya perolehi. Suami saya jauh berbeza dari yang saya harapkan. Rasa sensitifnya kurang. Dan ketidakmampuannya dalam menciptakan suasana yang romantis dalam perkahwinan kami telah mematahkan semua harapan saya terhadap cinta yang ideal. Suatu hari, saya beranikan diri untuk mengatakan keputusan saya kepadanya, bahawa saya inginkan penceraian. ”Mengapa?” Dia bertanya dengan nada terkejut.


“Siti letih, Abang tidak pernah cuba memberikan cinta yang saya inginkan.” Dia diam dan termenung sepanjang malam di depan komputernya, nampak seolah-olah sedang mengerjakan sesuatu, padahal tidak.

Kekecewaan saya semakin bertambah, seorang lelaki yang tidak dapat mengekspresikan perasaannya, apalagi yang boleh saya harapkan daripadanya? Dan akhirnya dia bertanya.

“Apa yang Abang boleh lakukan untuk mengubah fikiran Siti?” Saya merenung matanya dalam-dalam dan menjawab dengan perlahan.

“Siti ada SATU soalan, kalau Abang temui jawapannya di dalam hati Siti, Siti akan mengubah fikiran Siti; Seandainya, Siti menyukai sekuntum bunga cantik yang ada di tebing gunung dan kita berdua tahu jika Abang memanjat gunung-gunung itu, Abang akan mati. Apakah yang Abang akan lakukan untuk Siti?”

Dia termenung dan akhirnya berkata, “Abang akan memberikan jawapannya esok.” Hati saya terus gundah mendengar responnya itu.

Keesokan paginya, dia tidak ada di rumah, dan saya menenui selembar kertas dengan coretan tangannya di bawah sebiji gelas yang berisi susu hangat yang bertuliskan. ..

‘Sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu untukmu, tetapi izinkan Abang untuk menjelaskan alasannya.” Kalimah pertama itu menghancurkan hati saya. Namun, saya masih terus ingin membacanya.

“Siti boleh mengetik di komputer dan selalu mengusik program di dalamnya dan akhirnya menangis di depan monitor, Abang harus memberikan jari-jari Abang supaya boleh membantu Siti untuk memperbaiki program tersebut.”

“Siti selalu lupa membawa kunci rumah ketika Siti keluar, dan Abang harus memberikan kaki Abang supaya boleh menendang pintu, dan membuka pintu untuk Siti ketika pulang.”

“Siti suka jalan-jalan di shopping Kompleks tetapi selalu tersasar dan ada ketikanya sesat di tempat-tempat baru yang Siti kunjungi, Abang harus mencari Siti dari satu lot kedai ke satu lot kedai yang lain mencarimu dan membawa Siti pulang ke rumah.”

“Siti selalu sengal-sengal badan sewaktu ‘teman baik’ Siti datang setiap bulan, dan Abang harus memberikan tangan Abang untuk memicit dan mengurut kaki Siti yang sengal itu.”

“Siti lebih suka duduk di rumah, dan Abang selalu risau Siti akan menjadi ‘pelik’. Dan Abang harus membelikan sesuatu yang dapat menghiburkan Siti di rumah atau meminjamkan lidah Abang untuk menceritakan hal-hal kelakar yang Abang alami.”

“Siti selalu menatap komputer, membaca buku dan itu tidak baik untuk kesihatan mata Siti, Abang harus menjaga mata Abang agar ketika kita tua nanti, abang dapat menolong mengguntingkan kukumu dan memandikanmu. “

“Tangan Abang akan memegang tangan Siti, membimbing menelusuri pantai, menikmati matahari pagi dan pasir yang indah. Menceritakan warna-warna bunga yang bersinar dan indah seperti cantiknya wajahmu.”

“Tetapi sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu untuk mati. Kerana, Abang tidak sanggup melihat air matamu mengalir menangisi kematian Abang.”

“Sayangku, Abang tahu, ada ramai orang yang boleh mencintaimu lebih daripada Abang mencintai Siti.”

“Untuk itu sayang, jika semua yang telah diberikan oleh tangan, kaki, mata Abang tidak cukup bagi Siti. Abang tidak akan menahan diri Siti mencari tangan, kaki dan mata lain yang dapat membahagiakan Siti.”

Airmata saya jatuh ke atas tulisannya dan membuatkan tintanya menjadi kabur, tetapi saya tetap berusaha untuk terus membacanya lagi.

“Dan sekarang, Siti telah selesai membaca jawapan Abang. Jika Siti puas hati dengan semua jawapan ini, dan tetap inginkan Abang tinggal di rumah ini, tolong bukakan pintu rumah kita, Abang sekarang sedang berdiri di luar sana menunggu jawapan Siti.” “Tetapi, jika Siti tidak puas hati, sayangku…biarkan Abang masuk untuk mengemaskan barang-barang Abang, dan Abang tidak akan menyulitkan hidupmu. Percayalah, bahagia Abang bila Siti bahagia.”

Saya terpegun. Segera mata memandang pintu yang terkatup rapat. Lalu saya segera berlari membukakan pintu dan melihatnya berdiri di depan pintu dengan wajah gusar sambil tangannya memegang susu dan roti kesukaan saya.

Oh! Kini saya tahu, tidak ada orang yang pernah mencintai saya lebih dari dia mencintai saya. Itulah cinta, di saat kita merasa cinta itu telah beransur-ansur hilang dari hati kita kerana kita merasa dia tidak dapat memberikan cinta dalam ‘kewujudan’ yang kita inginkan, maka cinta itu telah hadir dalam ‘kewujudan’ yang tidak pernah kita bayangkan sebelum ini. cuba kita ambil ikhtibar dari cerita ini..:)

~~~~~~```pesanan dari teka-teki: ini adalah nurkilan seorang isteri,teka-teki terharu membacanya,semoga mereka kekal ke anak-cucu...AMIN```~~~~~~ 

Saturday, October 9, 2010

Ariel Peter Pan (gambar dalam lokap)

Plot kehidupan

 Hidup ini umpama drama bersiri@senetron yang panjang.
Banyak plot dan episod yang mencabar lagi memenatkan.
Tetapi semua ini indah untuk dilalui walau kekadang pahit dan sulit untk dilalui.
Hadapilah dengan senyuman...Insaallah semua akan baik-baik sahaja.


Berlari..jatuh..bangun..mimpi

Andainya aku bisa berlari...
Akan ku berlari tanpa henti agar puas hati ini.
Berlari tanpa henti mengejar bayang-bayang ku sendiri
Akan ku kejar mu wahai bayang-bayang ku hingga ke masa silam yang mana,
aku bisa dan dapat mempebetulkan segala kesilapan ku.
Dalam larian ku mengejar bayang ku sendiri..langkah yang diatur tersadang lantas menyebabkan aku tersungkur jatuh meyembah bumi.
Tersungkurnya aku ditanah yang gersang ini menyebabkan aku tersedar dari diulit mimpi yang.
Lantas...
Didalam hati terdetik persoalan...
Mungkinkah aku berlari lagi???
Mungkinkah??
Persoalan ini hanya terjawab oleh yang Maha Esa.



The end of Lotus F1? Proton terminates contract with the 1 Malaysia Racing Team

The return of the Lotus name to Formula 1 racing had many race fans applaud the return of a brand that was as closely related to the series than some of the biggest names around today. The 1 Malaysia Racing Team acquired the rights to use the name from Proton and last week team principal Tony Fernandes announced that his group had acquired to use the 'Team Lotus' brand after acquiring it from its supposed owner, David Hunt.

But the meteoric rise of the "best of the new teams" has come to a screeching halt after Proton announced that it is terminating its contract with Tony Fernandes and the 1 Malaysia Racing Team, and that the team is no longer allowed to use the Lotus name in anyway whatsoever including Lotus F1 and Team Lotus as the Malaysian car assembler rightfully owns the brands and all the rights to it. The termination of the contract takes effect in 2011.

This comes as a shame as the team that has been doing so well as a newcomer. Below is the official statement from Proton about the retraction of its contract with the 1 Malaysia Racing Team.


Kuala Lumpur, 27 September 2010 – There is and always has been only one Lotus, the Lotus started by Colin Chapman. From the beginning Lotus made road cars and raced racing cars. Until 1994, Group Lotus, the road car manufacturer and Team Lotus, which operated the Formula 1 team, were in common ownership with common directors. In 1994, Team Lotus failed and Lotus has not raced since. Since 1994, David Hunt has claimed to have acquired assets of Team Lotus, including its name, from the liquidator. He has never raced as Lotus. Mr. Hunt’s attempt to acquire the name Team Lotus was ineffective. Group Lotus is the owner of all rights in the "Lotus" automotive brand including those relating to Formula 1.

Last year, Tony Fernandes and 1 Malaysia Racing Team recognised this by taking a licence from Group Lotus to use the "Lotus" brand for the "Lotus Racing" team in the current Formula 1 season. With PROTON’s agreement, Group Lotus has now terminated its licence to 1 Malaysia Racing Team to use the "Lotus Racing" brand in the 2011 and future Formula 1 seasons as a result of the flagrant and persistent breaches of the licence by 1 Malaysia Racing Team, which were damaging to the "Lotus" brand.

Following that termination, neither 1 Malaysia Racing Team, nor any other company associated with Mr. Fernandes such as Tune Group Sdn Bhd or Team Lotus Ventures Limited, has the authority of Group Lotus to use any "Lotus" brand in the 2011 Formula 1 season. This includes the use of the brand "Team Lotus".

Group Lotus understands that Mr. Fernandes intends to rebrand the current "Lotus Racing" Formula 1 team to "Team Lotus" for the 2011 Formula 1 season. Mr. Fernandes indicates that Tune Group has acquired the rights to the name "Team Lotus" from a business formerly owned by David Hunt called Team Lotus Ventures Limited. Group Lotus believes these rights to have no proper legal foundation, a fact of which Mr. Fernandes was well aware when his company purchased them.

PROTON will support Group Lotus in taking all necessary steps to protect its rights in the "Lotus" name, including resisting any attempts by Mr. Fernandes or his companies, or any other unauthorised person, to use the "Lotus" name in the 2011 Formula 1 season.

Dato’ Sri Mohd. Nadzmi Mohd. Salleh, Chairman of PROTON Holdings Berhad and Group Lotus commented, "We believe the Lotus brand to be one of the most valuable brands in Formula 1 today. We are the owners of this brand, and will take all necessary steps to protect it. Tony Fernandes has no rights to use the Lotus brand in the 2011 Formula 1 season, and we will strongly resist any attempts by him to use our brand without our permission and will withdraw our sponsorship of the Lotus Racing team."

“To put it simply, Group Lotus is everything Lotus. The fact that 1 Malaysia Racing Team entered into an agreement with Group Lotus to use the brand means that both Mr. Fernandes and 1 Malaysia Racing Team recognises and acknowledges Group Lotus’ rights,” he added.