meeBo

Wednesday, December 30, 2009

METRO 30/-12/2009 'Ganti rugi RM490,312 bagai tiada makna'



Metro/Rabu/30/12/2009


'Ganti rugi RM490,312 bagai tiada makna'

 

PULAU PANGKOR: “Walaupun dapat wang sebanyak itu, saya tetap lumpuh dan tak boleh buat apa-apa dalam keadaan begini.

“Emak dan ayah banyak berkorban wang ringgit, tenaga dan masa sejak 10 tahun saya terlantar sakit, malah wang yang diperoleh itu pun, pada saya masih tak cukup untuk membayar jasa mereka dan menampung kehidupan saya pada masa depan,” kata Syarizan Sudirmin, 26.

Semalam, Hakim Mahkamah Tinggi Kuantan, Datuk VT Singham membuat keputusan Syarizan yang lumpuh dari paras pinggang ke bawah mendapat ganti rugi RM653,750 akibat kecederaan parah dialaminya kerana terjatuh dari motosikal ditunggangi selepas ditendang anggota polis, kira-kira 10 tahun lalu.

Bagaimanapun, dia hanya diberi 75 peratus iaitu RM490,312.50 daripada ganti rugi am kerana sebahagian kesalahan berpunca daripada tindakannya sendiri.


Ketika ditemui di rumahnya di Kampung Tengah di sini, malam tadi, Syarizan berkata dia bukan mata duitan apabila menyatakan wang pampasan itu masih tidak mencukupi, namun lebih trauma apabila memikirkan kejadian itu.

“Sejak kemalangan itu pada 1999, hidup saya berubah. Enam tahun saya mendapatkan rawatan di hospital, 21 hari koma di Hospital Ipoh, selain dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan Hospital Manjung.

“Dalam tempoh itu, terutama ketika di HKL, emak dan ayah sering berulang-alik. Lebih menyedihkan, ayah yang bekerja sebagai nelayan ketika itu terpaksa ke laut mencari duit menanggung kos perubatan dan perbelanjaan sepanjang saya di sana,” katanya sebak.

Selain itu, katanya, setiap bulan dia memerlukan sekurang-kurangnya RM2,000 untuk kos membeli ubat termasuk mencuci luka dan rawatan lain.

“Bukan tidak puas hati tapi saya akan minta peguam mencabar semula keputusan itu supaya pampasan diterima lebih tinggi, jika boleh RM1 juta atau RM2 juta.

“Ini kerana sebagai anak lelaki sulung dalam keluarga dan dalam keadaan tidak boleh melakukan sebarang kerja, saya sedih dan kecewa mengenangkan nasib adik-adik.

“Emak suri rumah sepenuh masa, manakala ayah kini mengambil upah membawa kaki pancing ke laut. Selain itu, saya ada tujuh beradik perempuan termasuk kakak sulung dan empat adik lelaki yang masih kecil dan semuanya memerlukan bantuan kewangan,” katanya.

Selain itu, katanya, sejak disahkan lumpuh, dia tidak mendapat bantuan mana-mana pihak.

Baru semalam dia menerima keputusan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang meluluskan permohonan bantuan bulanannya RM150 selepas empat tahun memohon.

Syarizan berkata, apabila mengenangkan nasib yang menimpanya, ada ketika dia berputus asa dan tidak mahu meneruskan hidup.

“Dulu saya ramai kawan tapi sekarang bila sudah sakit, saya dijauhi. Malah, sejak 2005 hingga ke hari ini, beberapa kali saja saya keluar dari pulau ini, itupun untuk menjalani rawatan di Hospital Manjung.

“Pergerakan saya terbatas dan saya sedih dengan keadaan ini, malah pernah terfikir lebih baik mati daripada meneruskan hidup dalam keadaan begini,” katanya yang hanya bergantung pada kerusi roda untuk bergerak.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 malam pada 1999 lalu, Syarizan mendakwa dia menaiki motosikal bersama seorang rakan dan melalui Jalan Pasir Bogak, berdekatan rumahnya.

Ketika itu, katanya, dia berselisih dengan motosikal ditunggangi seorang anggota polis dan apabila meneruskan perjalanan, ada tiga lagi anggota polis di depannya.

“Saya pusing balik, anggota polis yang berseorangan tadi juga patah balik. Saya tiada pilihan dan pusing balik menuju ke arah tiga anggota polis berkenaan.

“Ketika itu, saya rasa motosikal bergoyang dan tidak lama kemudian saya nampak anggota polis itu menendang motosikal saya dan kami terjatuh.

“Tidak cukup itu, dia pijak tulang belakang dan kepala sebelum saya pengsan. Selepas lapan bulan kejadian, baru saya tahu tulang belakang patah seterusnya menjadi punca saya lumpuh,” katanya yang turut patah paha kiri dan kanan selain pernah hilang ingatan dalam insiden itu.

Sementara itu, bapa Syarizan, Sudirmin Selamat, 54, bimbangkan masa depan anaknya terutama apabila dia dan isteri sudah tiada.

“Jika boleh, kami mahu pampasan diberikan lebih daripada diputuskan, bukan untuk saya tetapi dia. Saya tak tahu sampai bila hayat saya dan boleh jaga Syarizan. Apabila sudah tiada nanti, siapa nak jaga dia, itu yang saya sedih,” katanya.

Ibu Syarizan, Norizan Ahmad, 47, berkata dia tidak sanggup melihat penderitaan anak keduanya yang kini sudah 10 tahun menanggung sakit.

“Selagi ada hayat, saya akan jaga dia meskipun anak-anak saya ramai dan ada masih kecil, namun terdetik juga, bagaimana keadaannya pada masa depan, siapa yang akan jaga dan urus dia nanti,” katanya sedih.

Friday, December 25, 2009

JANGAN MENYERAH - D'MASIV

Lirik lagu Jangan Menyerah - D'Masiv :
tak ada manusia
yang terlahir sempurna
jangan kau sesali
segala yang telah terjadi

kita pasti pernah
dapatkan cobaan yang berat
seakan hidup ini
tak ada artinya lagi

syukuri apa yang ada
hidup adalah anugerah
tetap jalani hidup ini
melakukan yang terbaik

tak ada manusia
yang terlahir sempurna
jangan kau sesali
segala yang telah terjadi

Tuhan pasti kan menunjukkan
kebesaran dan kuasanya
bagi hambanya yang sabar
dan tak kenal putus asa

Lagu yang menarik.Penuh bermakna,memberi inpirasi dalam hidup.
dalam lagu ni menunjukan bahawa tiada insan yang terlahir sempurna,ia juga mengajar kita supaya bersabar dan berusaha dan jangan menyesali apa yang telah terjadi.

link download lagu ini sila klik

Tuesday, December 15, 2009

Preview movie Santau (Di pawagam 10 Dis 09)

Seram dan ngeri. Itu yang Teka-teki dapat tafsirkan bila menonton trailer filem SANTAU ni. Santau arahan Azhari Muhammad Zain ini adalah filem yang ke-34 terbitam MIG Productions. Difahamkan semasa pengambaran filem ini berlangsung, khidmat bomoh digunakan untuk memantau dan membantu mengelakkan gangguan makhluk halus.

Kesan bunyi yang digunakan memang berkualiti,puas hati kalau pergi panggung(tak rugi beli tiket lah).Kesan bunyi yang boleh membuat orang kena serangan jantung ini memberi kesan bagi filem ni,tahniah MIG Productions kerana filem ini sehebat filem seram dari Korea,Jepun.

Terdapat juga adigan yang agak meloya kan tekak dan anda harus bersedia dengan kejutan(kejutan bunyi dahulu)

Selain itu, David Teo juga selalu berpesan kepada pelakon dan krew supaya menjaga pantang larang seperti tidak kencing sebarangan dan membuang tuala wanita di merata tempat
.
Santau yang akan menggunakan sistem bunyi Dolby Digital Surround EX menampilkan barisan pelakon seperti Esma Danial yang akan melakonkan watak Halim, Putri Mardiana (Nina), Zul Handy Black (Man), Farisya Fatin (Tuty) dan Bob Lokman (Bomoh).


Selamat menonton,Sokonglah Industri filem negara.

Thursday, December 10, 2009

Rasopariso - XPDC (New Song)




Lagu terbaru dari XPCD ni berbunyi pelik sedikit...Rasopariso yang ber maksud budi baik.

Ni ada video klip mtv dan lirik

Lirik Rasopariso

Rambut samalah hitam
bila dipandang
tapi belumlah tentu

sama warnanya
di dalam tiada gambaran
di dalam penuh dugaan

Walau apa telahan
ada batasannya
biarlah berpada
kita amalkan
hati perlulah didada
syukurnya sepanjang masa

Perlulah bergandingan
sepanjang zaman
apakan yang datang
tetap bertahan
biarpun susah bertamu
akulah rakan taulanmu

Tak perlu mendabik
dadamu yang sempit
tunjuk peribadi
semakin berisi
merendah tiada tinggi
dunia pun senang hati
mtv
Larilah ke depan
mengejar impian
hitam yang semalam
jadikan sempadan

Kita kan orang harapan
tak lekang hulurkan salam

Rasopariso dalam hati
Rasopariso tiada henti

Wednesday, December 9, 2009

Kuasa Wang

Kuasa Wang

Edit dan terjemah oleh, teka-teki
Coretan asal oleh ,Adam Khoo
(Jutawan termuda Singapura,pada usia 26 tahun)




Sebahgian dari anda mungkin tahu bahawa saya banyak menghabiskan masa melawat dan melakukan seminar di pejabat cawangan saya di Malaysia, Indonesia, Thailand dan Suzhou (China). Saya di lapangan terbang hampir setiap minggu jadi saya biasa bertemu orang yang telah menghadiri seminar saya atau pun telah membaca buku-buku saya.

Baru-baru ini, saya didatangi seseorang ketika menaiki pesawat ke KL dan dia kelihatan agak terkejut. Dia bertanya, "Bagaimana seorang jutawan seperti anda adalah penumpang dalam penerbangan kelas ekonomi?" Jawapan saya ialah, 'Itulah sebabnya saya seorang jutawan. "Dia masih kelihatan agak bingung.

Hal ini kembali menegaskan bahawa kebohongan terbesar yang pernah diberitahu mengenai kekayaan (yang saya tulis dalam buku terbaru saya "Secrets of Self Made Millionaires '). Banyak orang telah didik untuk berfikir bahawa seorang jutawan harus memakai Gucci, Hugo Boss, Rolex, dan duduk di kelas satu dalam perjalanan udara. Inilah sebabnya mengapa begitu banyak orang tidak pernah menjadi kaya kerana pada saat mereka menghasilkan lebih banyak wang, mereka berfikir bahawa adalah wajar untuk mereka membelanjakan lebih banyak wang,tetapi ini sebenarnya akan menyebabkan mereka kembali ke titik awal.

Kebenarannya ialah, sebahagian besar jutawan yang dibuat sendiri(self made millionaires’ ) hemat mengunakan wang dan hanya menghabiskan wang untuk sesuatu yang bernilai. Itu sebabnya mereka mampu mengumpul dan melipatgandakan kekayaan mereka jauh lebih cepat.

Selama 7 tahun terakhir, saya telah menyelamatkan sekitar 80% daripada pendapatan saya sementara hari ini saya simpan hanya sekitar 60% (kerana saya telah punya isteri, 2 orang anak,2 orang pembantu rumah dan keluargan mentua). Namun, itu jauh dapat mengatasi kebanyakan orang yang menabung 10% daripada pendapatan mereka (jika mereka berjaya).

Saya menolak untuk membeli tiket kelas pertama atau untuk membeli sehelai kemeja berharga $300 kerana saya berfikir bahawa itu merupakan suatu pembaziran wang. Namun, saya gembira dapat menghantar putri saya yang berusia 2 tahun ke Julia Gabriel Pidato dan Drama dengan kos $1300 tanpa berfikir dua kali.

Ketika saya menyertai YEO (Young Entrepreneur 's Orgn) beberapa tahun yang lalu (YEO) adalah sebuah kelab eksklusif yang terbuka bagi mereka yang berada di bawah lingkungan 40 tahun kebawah dan menghasilkan pendapatan melebihi dari $ 1 Juta (dalam perniagaan mereka sendiri). Saya mendapati bahawa orang-orang ini di didik dan berfikiran seperti saya. Ramai di antara mereka dengan kekayaan bersih lebih dari $ 5 juta,menaiki penerbangan kelas ekonomi dan sebahagianya hanya memandu kereta jenama Toyota dan Nissan bukan kereta mewah seperti Audi, Mercs, BMW ..

Saya menyedari bahawa hanya orang-orang yang tidak pernah perlu bekerja keras untuk membina kekayaan mereka sendiri (ada juga beberapa menteri dan anak-anak jutawan di kelab) yang menghabiskan wang seperti tiada lagi esok hari. Entah kenapa pada waktu anda tidak perlu bangun tidur di awal pagi untuk berkerja keras menghasilkan wang,anda tidak menghargai setiap sen wang yang dibelanjakan. Inilah alasan mengapa kekayaan keluarga (tidak peduli berapa banyak) jarang dapat diwarisi hingga ke generasi ketiga.

Terima kasih Tuhan, kerana ayah saya yang kaya telah melihat ini dan menolak untuk memberi modal kepada saya untuk memulakan perniagaan walau satu sen pun.

Kemudian beberapa orang bertanya kepada saya, "Apa gunanya menghasilkan begitu banyak wang tetapi tidak menikmatinya?”(secara bebelanja) Ini adalah kerana saya tidak menemui nikmat dan kepuasan dalam membeli pakaian berjenama, perhiasan atau menaiki penerbangan kelas pertama. Bahkan jika membeli sesuatu yang membuat saya puas itu hanya untuk sementara waktu.

Kebahagiaan material tidak akan berkekalan, ia hanya memberikan kepuasan sementara. Selepas beberapa waktu anda akan merasa jemu dan bosan.Anda perlu berbelanja lagi untuk memuaskan diri dan merasa bahagia. Saya berfikiran bahawa jika anda memerlukan hal-hal material untuk membuatkan anda bahagia, maka anda hidup dalam kehidupan yang menyedihkan dan kosong..

Sebaliknya, apa yang membuat saya bahagia adalah ketika saya melihat anak-anak saya tertawa,bermain dan belajar dengan begitu cepat. Apa yang membuat saya bahagia adalah ketika saya melihat syarikat saya berkembang pesat,dapat melatih lebih banyak perkerjadan berkembang di lebih banyak negara.

Apa yang membuat saya merasa sangat bahagia adalah ketika membaca semua email tentang bagaimana buku-buku dan seminar telah menyentuh dan memberi inspirasi kepada kehidupan seseorang.

Perkara yang ingin saya nyatakan disini adalah kebahagiyaan mesti datang dari kehidupan melalui perkerjaan anda(seperti mengajar seseorang,melatih,memenangi kejuaraan dan sebagainya).Wang yang datang adalah satu produk dan bonus.Jad, jika anda tidak meminati apa yang anda lakukan dan hanya wang yang boleh membuatkan anda bahagia,saya berpendapat bahwa kehidupan anda kosong dan tidak bermakna.

Power of Money


Power of Money,

By Adam Khoo


( Singapore 's youngest millionaire at 26 yrs.)

Some of you may already know that I travel around the region pretty frequently, having to visit and conduct seminars at my offices in Malaysia , Indonesia , Thailand and Suzhou ( China ). I am in the airport almost every other week so I get to bump into many people who have attended my seminars or have read my books.


Recently, someone came up to me on a plane to KL and looked rather shocked. He asked, 'How come a millionaire like you is travelling economy?' My reply was, 'That's why I am a millionaire. ' He still looked pretty confused.


This again confirms that greatest lie ever told about wealth (which I wrote about in my latest book 'Secrets of Self Made Millionaires' ). Many people have been brainwashed to think that millionaires have to wear Gucci, Hugo Boss, Rolex, and sit on first class in air travel. This is why so many people never become rich because the moment that earn more money, they think that it is only natural that they spend more, putting them back to square one.




The truth is that most self made millionaires are frugal and only spend on what is necessary and of value. That is why they are able to accumulate and multiply their wealth so much faster.


Over the last 7 years, I have saved about 80% of my income while today I save only about 60% (because I have my wife, mother in law, 2 maids, 2 kids, etc. to support). Still, it is way above most people who save 10% of their income (if they are lucky).


I refuse to buy a first class ticket or to buy a $300 shirt because I think that it is a complete waste of money. However, I happily pay $1,300 to send my 2 year old daughter to Julia Gabriel Speech and D ram a without thinking twice.




When I joined the YEO (Young Entrepreneur' s Orgn)a few years back (YEO) is an exclusive club open to those who are under 40 and make over $1m a year in their own business) I discovered that those who were self made thought like me. Many of them with net worth well over $5m,travelled economy class and some even drove Toyota 's and Nissans,not Audis, Mercs, BMWs..




I noticed that it was only those who never had to work hard to build their own wealth (there were also a few ministers' and tycoons' sons in the club) who spent like there was no tomorrow. Somehow, when you did not have to build everything from scratch, you do not really value money. This is precisely the reason why a family's wealth (no matter how much) rarely lasts past the third generation.




Thank God my rich dad foresaw this terrible possibility and refused to give me a cent to start my business.




Then some people ask me, 'What is the point in making so much money if you don't enjoy it?' The thing is that I don't really find happiness in buying branded clothes, jewellery or sitting first class. Even if buying something makes me happy it is only for a while, it does not last.




Material happiness never lasts, it just give you a quick fix. After a while you feel lousy again and have to buy the next thing which you think will make you happy. I always think that if you need material things to make you happy, then you live a pretty sad and unfulfilled life..




Instead, what makes me happy is when I see my children laughing and playing and learning so fast. What makes me happy is when I see my companies and trainers reaching more and more people every year in so many more countries.




What makes me really happy is when I read all the emails about how my books and seminars have touched and inspired some one's life.




What makes me really happy is reading all your wonderful posts about how this blog is inspiring you. This happiness makes me feel really good for a long time, much much more than what a Rolex would do for me.




I think the point I want to put across is that happiness must come from doing your life's work (be it teaching, building homes, designing,trading, winning tournaments etc.) and the money that comes is only a by-product. If you hate what you are doing and rely on the money you earn to make you happy by buying stuff, then I think that you are living a life of meaninglessness.

Kalau Saya...



Saya MALAS Awak Suruh RAJIN..
Saya NAKAL Awak MARAH..
Saya SENYUM Awak Lagi La SENYUM..
Saya GURAU Awak GELAK..
SWEETS sangat Waktu Tuh..
tapi kalau Saya Tak Ade,
JANGAN Pulak Awak IKUT Saya PERGI..
Cuma DOA Je Dalam Hati..
&
INGAT Dekat Saya dah Cukup Untuk NILAI PERSAHABATAN Kita..
&
Buat saya TENANG Selamanya
Awak jangan SEDIH..
Saya Tak Suka AIR MATA Awak MENITIS Nanti..
Kerana..
Saya Terlalu SAYANGKAN KAWAN2 Saya..
Termasuklah AWAK..
salam sayang dr saya

Wednesday, December 2, 2009

Semalam Pula Di Pahang(Termeloh)

Semalam Pula Di Pahang(Termeloh)

Membuat Huru-Hara Sekitar Kota Bharu(semalam di kb part 2)


Jalan-jalan di Kota Bharu..jika anda ke sana jangan lag tiru aksi atas meriam tu..kerana saya diketawakan kerana beraksi ngeri macam tu...

Semalam Di Kelantan

Wakaf Che Yeh
 
Sesekali tengok macam kat uptown dan downtown je.Tapi harga barang kat sini memang murah.
Contoh: Harga TOTO baru rm29
Seluar Levis Local rm25-30(harga uptown shah alam rm50-60)
So..kalau nak datang bawak duit lebih ye....

Melaka International Motorspot Circuit (22 nov 2009)

MIMC 22/11/2009


Trak day..


fulltrotall machine in action