meeBo

Wednesday, July 29, 2009

Tanjung Harapan,seperti namanya...disinilah kali pertama kami bercinta,dan sini juga kami bertemu tadi mungkin kali terakhir,

Tanjung Harapan,pernah menjadi saksi bahawa disini daku menaruh harapan,disni juga daku tahu bahawa harapan itu telah musnah...disini juga tempat aku mencari harapan bila diri ini kosong,hampa...

lokasi: Tanjung Harapan(Pelabuhan Klang)

masa: 8 pg - 11.30 pg

tarikh : 28/07/2009

kepada yg mengerti..

Assalamualaikum.. kepada si dia yang amat ku rindui,pertemuan kita pagi ini,mata bermakna bagi diri ku ini,sekarang aku mengerti kenapa dirimu tergamak mengambil keputusan meninggalkan aku, sedikit pun aku tidak menyalahkan dirimu wakai kasih...
Aku menerima keputusan yang terpaksa dirimu ambil,kerna hubungan kita yang dah 4 tahun ni tidak direstui keluarga mu, aku pun ada membuat silap,terlalu banyak silapku.
Aku tahu dirimu amat menderita walau pepisahan kita ini atas pilihan mu,mungkin betul kata mu,biar kita terseksa dan sakit sekarang dari kita dihalang waktu kita nak mendirikan rumah tangga..
Titisan air mata dipipi mu wahai kasih dipagi hari,disaksikan matahari pagi yang menyinari segenap ruang ditanjung harapan(pelabuhan klang),sudah cukup membuat diri ini mengerti wahai kasih bertapa dirimu menderita dengan ketiadaan ku di sisi mu.
Aku nak kamu tahu wahai kasih,walau diriku tiada lagi bersama mu,namun nama dan ingatan ku pada mu tak penah padam..kerana cinta yang tulus dari hati ku ini.
Jika telah ditakdir satu hari nanti kita tak dapat lagi berhubung,aku nak kamu menjaga diri mu dengan baik dan jangan lupa semua janji kita,satu sahaja yang diri ini ingin kau tahu wahai kasih..aku tetap cinta kamu sehingga akhir hayat ku kasih,mungkin jodoh kita samapai disini sahaja,tetapi siapa yang dapat menduga kuasa YANG MAHA ESA,mungkin suatu hari nanti dengan izin-NYA kita akan bersama semula.. AMIN
tarikh:28/07/2009
masa: dalam 8 pg hingga 11.30 pg
lokasi: tanjung harapan (tempat bermula harapan ku bersama mu,dan berakhirnya harapan itu)

Friday, July 24, 2009

kepada dia yang mengerti..

kenapa perlu hadir perpisahan disaat diri ini amat memerlukan dirimu kasih.Kemana janji setia diri mu? kemana kata mahu sehidup semati..Disaat ini diri ini amat merindui diri mu wahai kekasihku..

Walau pahit untuk diri ini menerima..Kini aku pasrah mungkin tiada jodoh diantara kita walau setelah empat tahun diri ni cuba dan berusaha untuk mengekalkan jodoh yang kita bina atas dasar cinta.

Tidak akan aku lupa jasa mu wahai kasih menjagaku sepanjang aku sakit..Wad 3B menjadi saksi betapa cintamu amat kukuh waktu itu walau nyawa ku dihujung tanduk..terima kasih kasih wahai kekasih.

Mungkin ada sebab diri mu berubah hati,mungkin dirimu dah tak daya melawan segala rintangan yang sering melanda cinta kita...

Aku telah dan sentiasa memaafkan diri mu kasih..kerana kasih sayang..cintaku pada mu tulus dari dasar hatiku ini..

Aku sentiasa mendoakan kesejahteraan dirimu,mendoakan dirimu bertemu jodoh yang terbaik..dan mandoakan semoga dirimu sentiasa dalam lindungan yang Maha Esa..Amin

(Tulus iklas kepada,hasinur rasyidah)0411am 24-07-2009