meeBo

Tuesday, September 6, 2011

Titian hidup....

Jangan bersungut kerana hidup susah, kerana ada orang yang lebih susah daripada kita. Salah satu ujian yang kita akan terima adalah dengan mengalami kesusahan hidup. Setiap orang pasti akan merasai kesusahan dalam hidup kecuali orang yang telah lahir dalam keadaan atau keluarga yang kaya raya. Sebagai seorang hamba yang beriman kita hendaklah bersyukur atas rezeki yang dikurniakan. Kesusahan yang kita alami adalah salah satu ujian dari Allah kepada kita. Apabila bangun di pagi hari janganlah sama sekali kita merungut tentang kesusahan hidup yang kita alami tetapi hendaklah sentiasa berdoa supaya dimurahkan rezeki olehNya.
Rasulullah SAW telah bersabda:
“Barang siapa yang bangun di waktu pagi sambil bersungut kerana kesusahan hidup, maka seolah-olah ia bersungut kerana perbuatan Tuhannya. Barang siapa menjadi sedih kerana perkara-perkara dunia bererti ia telah marah kepada Allah. Dan barang siapa merendahkan dirinya kepada orang kaya kerana kekayaannya maka telah hilang dua pertiga agamanya.” 
[sumber copy paste] 



Dalam meniti hidup ini kekadang kita akan terlihat diri kita yang lepas dalam diri orang lain...Kami sekeluarga pernah hidup susah...susah yang bagaimana? pernah satu syawal kami yang waktu itu menyewa sebuah rumah titi berstatus setingan...Pada syawal pertama itu..tiada kuih-muih biskut raya,tiada rendang yang menyelerakan tiada lemang yang lemak berkrim,jauh ketupat dari air rebusana..yang ada capati dan sambal sardin.tu juadah kami sekeluarga untuk meyambut Aidil Fitri dan itu juga yang dihidang kepada tetamu yang bertandang.Mungkin sedih tetapi keadaaan itu terpaksa kami sekeluarga lalui.

Syukur Alhamdullillah,segala kesempitan kini semakin lapang.Kami dah dewasa dan kini masa untuk membantu bapak dan mak.Kehidupan kami tidaklah mewah sekarang tetapi kami dah mampu hidup selesa.Aku sangat bersyukur terhadap rezeki yang diberi Ilahi keatas kami sekeluarga. 
Terima kasih Ya Allah..Syukur ku keatas nikmat yang Engkau berikan kepada kami sekeluarga.

Kembaraku masih jauh..titian ku mungkin rapuh dan aku bisa tersungkur..Tetapi doa usaha tawakal adalah jalan terbaik..

Apabila aku melihat kesusahan orang lain aku melihat diri ku dimasa lalu,aku akan berusaha supaya kami sekeluarga tidak lagi begitu.Doa ku juga supaya tidak lagi kami perlu melalui semua dugaan ini lagi... 

No comments: