meeBo

Sunday, March 13, 2011

Aku sElePas iTu [part 1]


Hari-hari yang aku lalui bagai penantian yang amat panjang..mengira waktu yang tak tahu bila habisnya.
Sering kali hati ini bertanya..mengapakah aku? kenapa aku? Perlukah aku diduga bergini..Tanggal 20 september 2006 segalanya telah berubah dan mengubah hidup aku...Dalam tempoh yang aku lalui penuh perit sakit dan berbagai dugaan diwaktu itu terdengar suara yang mengatakan bahawa "Allah tidak zalim,Dia tidak menguji kita melebihi kemampuan kita,sesungguhnya Allah tahu yang terbaik untuk hamba Nya.Dalam tempoh beberapa hari getir di icu,disaat keluarga berduka aku tetap cuba untuk bertahan..Alhamdullillah masih diberi kesempatan hingga saat aku menulis entry ini.Hari-hari yang aku lalui selepas itu tidak semudah yang aku harapkan.Disaat ini jua pelbagai dugaan datang meyapa aku yang masih dalam keadaan kelam...sekali lagi hati bertanya KENAPA??? dan sepantas itu dibenak ku mengigati kata-kata dia yang telah pergi dari hidupku..."Allah tidak akan menguji kita diluar kemampuan kita" dan benak ini berfikir..mampukah aku mengalasnya? Ya Allah berikanlah aku kekuatan,aku insan lemah,Iman ku tipis..Disaat encik doktor berkata kepada ibu bahawa aku akan lumpuh,ibu hanya dapat mengesat air mata yag menitis dan berdoa agar aku akan sembuh.Takdir dan segala yang berlaku itu kehendak-Nya.Disaat itu aku mulai sedar bahaya nyawa kita yang sangat berharga ini hanya sekadar segelembung buih pabila ditiup angin ia akan hilang... Ya Allah besar sungguh kekuasa Mu..
[lokasi-icu-hos.tengku ampuan rahimah]

Next Entry :  Aku sElePas iTu [part 2]