Usul Menyongsong Asal,Dipangkas Pucuk Kembali Ke Pangkal
[dengan apologi kepada:
1)Istana
Bahasa Tinggi yang pernah di sana kasih dan cintaku tumpah.Sayang,kini
hanya terbiar bersepah di tanah.Selagi kerabat berdarah cair itu
memandang marhaen picisan ini sebagai sampah.
2)Tuah-Tuah yang....setia]
Dia
pahlawan terbuang
Dia
ke seberang
Dia
menjadi anak dagang
Dia
bak Panglima Awang
Dia
burung yang dulu terbang
Dia
yang kini menghayun kepak mencari sarang
Dia
sirih yang dilayangkan ke gagang
Dia
si Tenggang yang mahu pulang
Aku
tempoh hari pulang ke istana
Aku
cuba kembali pada asal kononnya
Aku
senyum pada sang raja,pendekar dan bentara
Aku
diberi balasan senyum dari mereka
Aku
bertemu sang kerabat pula
Aku
jelak sekali pada lakunya
Aku
sedar diri masih bernama Jebat jua
Aku
Jebat yang derhaka
Aku
namun rela dan berbangga dengan gelarannya
Aku
biar diangkat langkah ini kembali berkelana
Aku dan dia
kembali tertutup hati untuk pulang ke sana
selagi genta-genta kosong itu masih bising menyalak raja
No comments:
Post a Comment