Warkah buat kasih pada 10 feb terindah...
Masih ingatkah wahai
kasih...
Pada tarikh ini 3 tahun
yang telah melangkau,
Disaksikan complex
SOGO...
menyusuri roda-roda
wheel chair…
membelah mata-mata yang
memandang seolah-olah diri ini makluk asing dari planet Pluto...
tak ku hirau mata-mata
yang memandang,
kerana yang pastinya,
kehadiran ku ini atas
niat yang murni,
ingin ku tebus
kesilpan,
ingin ku baiki
kesilapan itu,
setelah berhempas pulas
mengarungi dugaan,
akhirnya kita kembali
meneruskan perjalanan cinta kita...
kita menyusuri
jalan-jalan nan indah,
ku rasa dunia ini milik
kita berdua,tetapi...
kenapa ada sang hitam
bila putih menyenangkan???
Kehadiran yang ketiga
menyebabkan segala yang kita bina punah...
dan akhir nya...
dirimu berpaling dan memilih
dia,
yang bagi mu cukup
sempurna,
ya...memang dia jauh
lebih sempurna dari diri ku yang cacat ini..
kepada mu jua wahai
kasih,
ingin ku memohon seribu
kemaafan atas segala kesakitan,
kelukaan dan segala
kesedihan yang telah ku beri,
diri mu tidak bersalah
wahai kasih...
kerana diri ku memang
tidak pernah sempurna untuk memilki
hati mu wahai kasih...
terima kasih atas
segala pengorbahan dan cinta mu kasih...
tidak akan ku lupa
tarikh ini...
10 February yang
terindah,
kau dan aku selamanya dalam ingatan..
selamat ulang tahun
kelahiran mu wahai kasih,
semoga diri mu sentiasa
di dalam lindungan-Nya...
doa ku sentiasa
mengiringi mu kasih,
semoga kesejahteraan
dan kebahagian sentiasa
mendampingi mu wahai kasih…