meeBo

Wednesday, March 24, 2010

PDRM KERETA PERONDA MPV ELITE MITSUBISHI EVO 10


Polis Diraja Malaysia telah memperkenalkan Kereta Peronda Polis (MPV) jenis Mitsubishi Evolution -X (Evo-10) dimajlis Perhimpunan Sempena Peringatan Hari Polis Ke-202 di PULAPOL Kuala Lumpur pada 25 Mac 2009 dan dilancarkan oleh YAB Dato' Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia.

Polis Diraja Malaysia telah mendapat perolehan kenderaan pasukan jenis Mitsubishi Evolution -X (Evo-10) yang dibekalkan oleh Syarikat Mitsubishi Motor (M) Sdn Bhd  mengikut KDN/POL/PT/5/2008 bertarikh 1/7/2008 sebanyak 25 unit.

Mitsubishi telah mengeluarkan Lancer Evolution 1 - CD9A pada tahun 1992 dan kenderaan itu telah direka sesuai untuk litar lumba. Mitsubishi Evolution -X (Evo-10)  ini telah direka khas oleh Mitsubishi Motor di Jepun, sesuai untuk penugasan dan kegunaan PDRM.

Kenderaan ini adalah setiap masa All Wheel Drive (AWD). Sistem S-AWC (Super All Wheel Control) yang dilengkapkan pada Steering Wheel membolehkan kenderaan beroperasi di dalam 3 bentuk persekitaran yang berbeza di Malaysia iaitu untuk permukaan kering, permukaan yang tidak rata atau basah dan permukaan yang terlampau licin.

Mitsubishi Evolution -X (Evo-10) dijana enjin aluminium 4B11 Mivec 1,998 cc dan jenis enjin - DOHC 16-valve Mivec Intercooler Turbocharged, Single Turbo dengan transmisi manual lima kelajuan (W5M6A) dan mempunyai 4 silinder. Enjin berprestasi tinggi ini menghasilkan tenaga 291 bhp @ 6,500 rpm dan pecutan maksima  EVO-10 ialah 242 km/j. Mitsubishi Evolution -X (Evo-10) mampu memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam masa 5.2 saat.

Spesifikasi berat tanpa muatan  Mitsubishi Evolution -X (Evo-10) ialah 1,565 kg, tinggi keseluruhan ialah 1,480 mm (1.48 m) lebar keseluruhan ialah 1,810 mm dan panjang keseluruhan 4,510 mm. Muatan tangki bahan api ialah 72 liter dan menggunakan bahan api jenis petrol (RON 98).

Kenderaan ini dilengkapi dengan Keyless Operation System di mana pemandu tidak perlu memasukkan kunci ke Ignition System semasa hendak menghidupkan enjin.  Mitsubishi Evolution -X (Evo-10) juga dilengkapi sistem ETACS dimana pemandu boleh menaikkan tingkap cermin di dalam keadaan Ignition Off. Wiper juga akan beroperasi secara automatik apabila cuaca hujan dan lampu besar akan beroperasi secara automatik pada waktu malam. Sistem keselamatan kenderaan ini juga dilengkapi dengan 7 modul airbag.

Bagi memantapkan lagi  Mitsubishi Evolution -X (Evo-10), PDRM telah memasang set radio jenis Motorola XTL 5000, dilengkapi dengan sistem C4i (Command, Control, Communication And Integration), peralatan ILSS Arjent S2 LED 12v dan juga tempat letak senjatapi MP5.

Latihan pemanduan khas  Mitsubishi Evolution -X (Evo-10) juga di adakan selama 3 minggu di Maktab Teknik PDRM dan kelayakan pemandu adalah terdiri daripada peserta yang telah menghadiri Kursus Pemanduan Standard.  Mitsubishi Evolution -X (Evo-10) akan ditempatkan sebagai penugasan EMPV untuk Zon Utara, Zon Selatan, Zon Timur selain ditempatkan di lain-lain kontinjen, dalam usaha mempertingkatkan keupayaan tugas-tugas rondaan.

Kerja-kerja pemasangan aksesori tambahan PDRM di Bengkel Pasukan Gerakan Khas

Evo-X, Kod enjin- 4B11 MIVEC, jenis enjin - DOHC 16 valve Mivec Intercoler Turbocharged

Pendawaian baru untuk sistem C4i (alat komunikasi/pengesan pintar pasukan keselamat yang tercangih) web rujuk kan klik sini
Juruteknik membuat kerja-kerja pemasangan set radio Motorola XTL 5000 (radia komunikasi)

Pandangan hadapan Evo-X

Pandangan Evo-X dari sisi. Pelekat adalah mengikut rekabentuk baru dari Cawangan Penyelidik/Pembangunan PDRM dan kenderaan ini juga dikenali sebagai Helang Lebuhraya Polis

Pandangan Evo-X dari belakang

Mantan Perdana Menteri  mendengar taklimat berkaitan penggunaan Sistem C4i

Sumber: Laman Rasmi PDRM 

P/S teka-teki.. jika di kejar helang lebuhraya ini tidak kira berapa laju atau power kereta anda,berhentilah.

Friday, March 19, 2010

Cinta Dan Waktu


Cinta Dan Waktu
Alkisah di suatu pulau kecil, tinggallah berbagai macam benda-benda abstrak : ada Cinta, Kesedihan, Kekayaan, Kegembiraan dan sebagainya. Mereka hidup berdampingan dengan baik.

Namun suatu ketika, datang badai menghempas pulau kecil itu dan air laut tiba-tiba naik dan akan menenggelamkan pulau itu.
Semua penghuni pulau cepat-cepat berusaha menyelamatkan diri.
Cinta sangat kebingungan karena ia tidak dapat berenang dan tak mempunyai perahu. Ia berdiri di
tepi pantai dan mencoba mencari pertolongan. Sementara itu air makin naik membasahi kaki Cinta.

Tak lama Cinta melihat Kekayaan sedang mengayuh perahu.
”Kekayaan! Kekayaan! Tolong aku!” teriak Cinta.
”Aduh! Maaf, Cinta!” kata Kekayaan.
“Perahuku telah penuh dengan harta bendaku. Aku tak dapat membawamu serta, nanti perahu ini tenggelam. Lagipula tak ada tempat lagi bagimu di perahuku ini”.
Lalu Kekayaan cepat-cepat mengayuh perahunya pergi. Cinta sedih sekali,
namun dilihatnya Kegembiraan lewat dengan perahunya.

“Kegembiraan! Tolong aku!”, teriak Cinta.
Namun kegembiraan terlalu gembira karena ia menemukan perahu sehingga ia tak mendengar teriakan Cinta.
Air makin tinggi membasahi Cinta sampai ke pinggang dan Cinta semakin panik. Tak lama lewatlah Kecantikan.
“Kecantikan! Bawalah aku bersamamu!”, teriak Cinta
“Wah, Cinta, kamu basah dan kotor. Aku tak bisa membawamu ikut. Nanti kamu mengotori perahuku yang indah ini”, sahut Kecantikan.

Cinta sedih sekali mendengarnya. Ia mulai menangis terisak-isak. Saat itu lewatlah Kesedihan.
”Oh, Kesedihan. Bawalah aku bersamamu”, kata Cinta.
”Maaf Cinta. Aku sedang sedih dan aku ingin sendirian saja...” kata Kesedihan sambil terus mengayuh perahunya.

Cinta putus asa. Ia merasakan air semakin naik dan akan menenggelamkannya. Pada saat kritis itulah tiba-tiba terdengar suara.
”Cinta! Mari cepat naik ke perahuku!”
Cinta menoleh ke arah suara itu dan melihat seorang tua dengan perahunya. Cepat-cepat Cinta naik ke perahu itu, tepat sebelum air menenggelamkannya.

Di pulau terdekat, orang tua itu menurunkan Cinta dan segera pergi lagi.
Pada saat itu barulah Cinta sadar bahwa ia sama sekali tidak mengetahui siapa orang tua yang menyelamatkannya itu. Cinta segera menanyakannya kepada seorang penduduk tua di pulau itu, siapa sebenarnya orang tua itu.

”Oh, orang tua tadi? Dia adalah Waktu” kata orang itu.
”Tapi mengapa ia menyelamatkanku? Aku tak mengenalnya. Bahkan temanteman yang mengenalku pun enggan menolongku” tanya Cinta heran.
”Sebab” kata orang itu ”Hanya Waktulah yang tahu berapa nilai sesungguhnya dari Cinta itu...”

P/S : apa perasaan anda pabila.. benih cinta yang anda semai selama 6 tahun,anda siram dengan kasih sayang,dibaja dengan segala kemahuan,dan tiba-tiba ia diragut oleh orang katiga yang hadir tanpa diundang...betapa hancur hati dan perasaan anda..