Bismillahirrahmanirrahim / بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم .
Assalamualaikum...
Lama gila aku tak buat entry kan..
Bukan apa Cuma tak ada mood nak berblog dan tak ada modal
difikiran.
Entry ni bertajuk “Dalam Hidup” sebab lately banyak
perkara yang terjadi dalam hidup aku,ada yang positif tidak kurang juga yang negative
sering kali hati bertanya…betul kea pa yang aku buat ini? Apa pro dan
contranya?
Setiap perkara dan keputusan yang diambil dengan rela
atau terpaksa semua ada sebab dan penyebab dan bila ada perkataan “penyebab” ia
adalah diluar kawalan kendiri aku sendiri.
Kadangkala keputusan yang diambil memang terlalu drastic,ada
juga masa selepas keputusan itu dibuat hati akan bertanya…betul kea pa yang aku
buat ini? Hai sang hati…jangan la kau buat aku ragu-ragu….kita kan satu
team,kita perlu sokong satu sama lain…kata sang naluri..
Sesingkat masa berlalu,membibit pertemuan dimalam
hari,atas dasar kerja membuah perkenalan.
Sesingkat masa sebulan aku telah terpesona dangan
keperibadian dia,tidak pernah aku mengagumi seorang gadis sesingkat ini.
Perbatasan perhubungan dalam jangkawan kita lagi masa
kini…BBM,whatapps,facebook…segala ini boleh menjadikan kita akrap walau dalam
tempoh yang singkat.Bagi aku ia umpama berborak disepanjang masa yang dapat
dicapai tangan ini dengan hanya memicit-micit butang yang tersusun rapi pada
peranti blackberry.
Connection itu satu kebetulan tetapi keserasian antara
kami juga satu menarik minat aku,dia juga ada minat ingin mengetahui apa yang
aku minati,kami sering bertukar pendapat dan cerita.Mungkin terlalu awal untuk
mengatakannya…tetapi aku terpaksa,tetapi percaturan aku sedikit tersilap,dia
teah menolaknya kerana bagi dia tidak adil untuk menerima aku dan menolak si
dia yang telah menunggu dia sekian lamanya,walau dia mengakui dia lebih selesa
bersama aku,tetapi kerana tidak mahu menghampakan si dia yang elah menunggu dengan
sabar,akhirnya keputusan dibuat.
Setiap yang berlaku kadangkala diluar kawalan kita,ada
masa kita dah beruasah,kita dah berdoa dan jalan terakhir adalah tawakal,aku
percaya Allah itu tidak pernahdan tidak akan kejam kepada hamba-Nya…Jika
ditakdir dia bukan jodoh aku maka sekuat mana aku kejar dia akan semakin
jauh,soa bagi aku aku lepaskan…biarkan dia dengan rentak dia,jika permintaan
dia agar aku pergi,akan aku turuti jua,kerana bagiku..kebahagian sebenar adalah
melihat orang yang aku sayang itu bahagia walau bukan dengan aku.Melihat dia
bahagia bagi aku itu adalah kebahagian sebenar.
Jika telah ditakdir dia untukku,akan aku usahakan segala
yang termampu untuk menjaga dia,dari yang terzahir hingga la ke lubuk hati
dia,bukankah itu yang sewajarnya kita beri pada orang yang kita sayangi? Salah
ke pemikiran aku ini wahai sang pembaca?
Hari ini 09-07-2012 kami masih berkawan,bagi aku ini pun
mencukupi jika telah ditakdir Allah Cuma ini sahaja pertalian yang dapat aku
jalinkan dengan dia.Jika ditakdir kami terpisah perhubungan satu hari
nanti,pintaku Ya Allah,sentiasalah Kau lindungi dia Ya Allah.Berkatilah segala
usaha dia,permudahkanlah segala perjalanannya dan jika dia bikan jodohku,
temukanlah dia dengan seoarang lelaki yang dapat menjaga dia dan mencintainya
sepenuh hati.
Amin..
Doa ku jua semoga selaga yang aku rancang
menjadi,permudahkanlah segalanya Ya allah..Rayuku pada Mu Ya Rabb..Semoga
dipermudah segala usaha dan perjalanan ku jua….InsyaAllah…Amin.
No comments:
Post a Comment
Nak komen,kritikan atau pujian?
Terima kasih atas maklum balas anda.