Tarikh Lahir anda
Kalau anda dilahirkan pada 1Hb, 10Hb, 19Hb, 28Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.1
Kalau anda dilahirkan pada 2Hb, 11Hb, 20Hb, 29Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.2
Kalau anda dilahirkan pada 3Hb, 12Hb, 21Hb, 30Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.3
Kalau anda dilahirkan pada 4Hb, 13Hb, 22Hb, 31Hb dalam mana-mana bulan, anda
adalah no.4
Kalau anda dilahirkan pada 5Hb, 14Hb, 23Hb dalam mana-mana bulan,
anda adalah no.5
Kalau anda dilahirkan pada 6Hb, 15Hb, 24Hb dalam mana-mana
bulan, anda adalah no.6
Kalau anda dilahirkan pada 7Hb, 16Hb, 25Hb dalam
mana-mana bulan, anda adalah no.7
Kalau anda dilahirkan pada 8Hb, 17Hb, 26Hb
dalam mana-mana bulan, anda adalah no.8
Kalau anda dilahirkan pada 9Hb, 18Hb,
27Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.9
no.1 —-Anda sangat cerdik, jujur,
lucu, degil, rajin, terus-terang, cemburu dalam asas pertandingan, baik
hati, peramah dan autoriti. Anda ingin mendahului dalam apa jua
keadaan. Anda seorang yang berdikari, berkeyakinan dan tidak pernah
berada di bawah pimpinan orang lain. Anda akan bercinta dalam usia yang
muda tapi akan berkahwin pada usia yang matang. Anda tidak suka akan
orang yang bertentangan pendapat dengan anda. Malah anda juga menyimpan
dendam dengan orang yang bersalah dengan anda. Anda seorang yang kuat
belanja. Pada masa hadapan anda adalah professional dalam kerjaya yang
anda ceburi. Namun terdapat juga orang yang kecil hati dengan pencapaian
anda. Anda mempunyai keluarga yang bahagia. Pasangan ideal anda adalah
no.4, 6, 8.
no.2 —-Tak kira apa pun, anda akan disukai oleh semua orang kerana anda
berperanankan Bulan dan semua orang suka akan bulan. Em…bagus! Anda suka
bermimpi siang. Anda kurang berkeyakinan terhadap diri sendiri. Jadi and perlu
membuat perubahan ke atas hidup anda. Anda adalah seorang yang sukar diramal
kerana anda membuat perubahan berdasarkan masa dan keadaan. Anda juga
seorang yang mementingkan diri sendiri tetapi and mempunyai bakat dalam
muzikal, seni dan komunikasi lisan. Sikap anda seperti bulan yang datang
keredupan dan pudar jadi semua orang boleh mengetahui perubahan anda.
Anda boleh menjadi Mahatma Gandhi yang kedua kerana cinta akan keamanan.
Anda juga seorang yang bertanggun gjawab dalam keluarga. Pasangan ideal
anda adalah no.2, 5, 9.
no.3 —-Anda adalah seorang yang berhati
keras, pentingkan diri sendiri, kuat agama dan suka untuk memperting
katkan kehidupan sendiri. Anda mempunyai masalah keluarga dan anda dapat
mengharungi dengan kesabaran anda. Anda sangat pandai bercakap, wajah
yang cantik, jadi ke mana saja anda pergi anda akan dapat apa yang anda
inginkan. Daripada hari lahir anda, anda perlu berkerja keras untuk
berjaya. Anda juga seorang yang menghormati orang yang lebih tua
daripada anda. Bukannya senang nak menjalinkan hubungan sama ada
percintaan, kekeluargaan atau persahabatan. Sekiranya anda suka akan
sikap seseorang itu, maka hubungan itu akan berpanjangan. Anda suka akan
kebebasan, pencipta di mana ada anda akan membawa harapan, kegembiraan
dan keceriaan ke dunia ini. Pasangan ideal anda adalah no.6, 9.
no.4 —-Anda adalah seorang yang amat degil dan rajin. Mungkin anda akan
menjauhkan orang lain daripada anda kerana kata-kata anda. Anda seorang
yang bertimbang rasa akan masalah orang lain. Anda berbakat dalam
penyelidikan dan seni. Anda akan membantu ahli keluarga atau kawan-kawan
yang menghadapi masalah tanpa berfikir panjang. Anda kena berhati-hati
dengan orang sekeliling anda kerana mereka mungkin akan mempergunakan
anda. Kawan-kawan anda akan menghabiskan masa dan wang ringgit anda dan
selepas itu menjauhi daripada anda apabila anda dah tak ada nilai buat
mereka lagi. Walau bagaimanapun anda tetap seorang yang sabar dan tegas.
Pasangan ideal anda adalah no.1, 8.
no.5 —-Anda sangat popular
dalam komuniti. Anda boleh menyelesaikan sesuatu perkara hanya secara
lisan. Anda mempunyai akal fikiran dalam menjalani perniagaan. Namun
anda terlalu terburu-buru. Anda adalah seorang yang humor di kalangan
kawan-kawan dan ahli keluarga. Kawan-kawan dan ahli keluarga anda juga
akan minta bantuan anda apabila mereka memerlukan bantuan. Anda bukan
seorang yang setia dalam hubungan percintaan. Anda suka perubahan dan
kebebasan. Anda mempunyai ciri-ciri seorang pengembara dan ahli silap
mata. Anda mempelajari hidup melalui pengalaman. Pasangan ideal anda
adalah no.1 , 2, 9.
no.6 —-Anda dilahirkan untuk menikmati hidup
ini. Anda tidak pedulikan apa-apa perkara dan hanya ingin berseronok
dalam hidup anda saja. Anda sangat pandai dalam pelajaran dan pengurusan
perniagaan. Anda seorang genius, baik hati (tapi hanya orang yang
beranggapan anda orang baik), mempunyai paras rupa yang cantik atau
kacak. Semua benda yang baik akan datang pada anda. Anda mengambil berat
ke atas ahli keluarga dan kawan-kawan anda. Pada pandangan mereka, anda
adalah seorang yang murah hati, peramah, adil saksama dan mempunyai
penilaian yang tajam. Pasangan ideal anda adalah no.1, 3, 9.
no.7
—-Anda mempunyai daya tarikan kepada sesiapa saja. Anda adalah seorang
yang realistik, yakin, gembira dan merupakan seorang yang genius dalam
bidang pendidikan, muzik, seni dan nyanyian. Anda mempunyai masalah
sikap iaitu panas baran. Namun demikian, anda banyak melakukan
pengorbanan untuk keluarga. Anda meletakkan keluarga di tempat yang amat
tinggi sekali sehingga kadang-kadang mengabaikan kebahagian diri
sendiri. Anda telah dilahirkan untuk memberi sumbangan kepada dunia ini.
Jadi anda seorang yang bagus dan seorang yang amat gembira. Pasangan
ideal anda adalah no.2.
no.8 —-Anda mempunyai personaliti yang
sangat kuat jadi tak ada orang yang memahami anda. Kepakaran anda
hanyalah menuding jari pada sesuatu benda. Anda juga mengalami pelbagai
dugaan dalam hidup. Semua masalah ini telah menjadikan anda lebih kuat
dan tabah. Anda memperjuangkan keadilan. Kebanyakan masa anda telah
dihabiskan bersama-sama dengan kawan-kawan. Anda seorang yang disiplin
dalam hidup, tidak putus asa dan berani. Faktor-faktor ini telah membawa
anda ke puncak kejayaan. Anda juga adalah seorang ahli pasukan,
keluarga dan pejuang yang sangat bagus. Pasangan ideal anda adalah no.1,
4.
no.9 —-Anda adalah seorang yang sangat tabah dari segi fizikal
dan juga mental. Anda mempunyai penilaian yang sangat tajam. Anda juga
adalah seorang yang sangat dihormati dalam komuniti. Anda adalah orang
yang boleh menerima cabaran dan berjaya dalam apa jua yang anda buat.
Pada usia yang muda anda selalu bertentangan dengan ibu bapa anda. Tapi
apabila usia anda telah semakin meningkat anda adalah seorang anak yang
taat dan hormati mereka. Anda sesuai menceburi bigan kejuruteraan atau
perbankan kerana orang lain percaya dan yakin akan anda. Anda merupakan
model teladan kepada orang lain.
No comments:
Post a Comment