KUALA LUMPUR 11 Sept. – Misteri kehilangan jutawan kosmetik, Datuk
Sosilawati Lawiya, 47, dan tiga lagi lelaki sejak 30 Ogos lalu, hampir
terungkai dengan tertangkapnya tujuh suspek yang dipercayai terlibat
dalam kes tersebut.
Difahamkan, seorang daripada suspek yang ditahan merupakan peguam
bergelar Datuk berusia 40-an yang dinamakan polis sebagai suspek paling
dikehendaki dalam kes kehilangan usahawan wanita terbabit bersama tiga
yang lain.
Hasil soal siasat ke atas suspek, polis mendapat maklumat bahawa
kesemua mangsa sudah dibunuh dan dibakar manakala abu mayat mereka
dibuang ke dalam laut di Pantai Morib, Selangor.
---Al-Fatihah kepada Arwah,kpd keluarga mereka harap dapat menghadapi dugaan ini---
No comments:
Post a Comment