meeBo

Tuesday, June 8, 2010

sepasang selipar jepun (bkn yg import dari jepun)


 Alkisahnya bermula di pagi sabtu yang indah.Pada sabtu yang lepas(05 jun 10) member aku ni nikah(tapi bukan ini  yang aku nak cerita)huhu.Masa on the way nak pergi rumah member aku tu,dalam suasana hujan rintik-rintik,aku nampak seorang "apek" ni berjalan dalam hujan tanpa menghiraukan hujan yang rintik-rintik turun.
Ditangan kananya terdapat satu beg plastik yang aku sendiri tidak tahu apa isi kandunganya(memang tak nak amik tahu sebab bukan urusan aku).Tetapi yang menjadi perhatian aku adalah orangnya sendiri dan apa yang ada di tangan kirinya.
Agak-agak anda apa yang ada ditangan kiri "apek" tu? mesti kowang fikir senjata,(seperti pisau) oppsss..kowang salah.."apek" tu tengah pegang selipar jepun dia,dah yang menjadi perhatian aku adalah keadaan selipar jepun itu,tetiba aku rasa sedih dan kesian,lantas aku terfikirkan sesuatu.
Deras aku menekan pedal minyak,sampai disimpang berhampiran aku berhenti disebuah kedai runcit, "bos,selipar ada tak? yang biasa punya" (takkan crocs plak kan) lantas taukeh kedai tu pun cakap "ada,haaaa ini baek punya saya pakai pundah lama" (sambil taukeh kedai tu menunjuk selipar dikaki dia) aku pun bayar dan dengan tangkas membuat pusingan "u-turn".
Puas aku pusing-pusing mencari "apek" tu.Keadaan cuaca masih hujan rintik-rintik.Hampir sepuluh minit aku pusing-pusing mencari a"apek"tu, "cepatnya apek ni hilang" kataku dalam hati,padahal "apek" tu berjalan agak perlahan dan sedikit membongkok.
Aku biasa nampak "apek" tu dia sekitar kawsan tak jauh dari rumah aku,aku pun berfikiran yang aku akan jumpa dia lagi nanti,(Insaallah)so aku decide nak terus bergerak ke rumah kawan aku lagi pun dah lewat ni.
Sampai di rumah kawan aku kami berkumpul dan bergerak ke masjik lokasi kawan aku nikah.Tamat cerita hari itu.

Isnin (07 jun 10) aku tengah drive nak balik rumah,secara tak sengaja aku ternampak "apek" ni,amat mudah nak cam apek ni kerana cara dia berjalan agak bongkok dan perlahan.(maybe di sakit kot) So aku pun bagi la signal dan terus membelok.
Aku tengok "apek" tu tengah mencangkuk ditepi jalan macam mencaari sesuatu tetapi aku tidak tahu apa yang sedang dialakukan.Aku dah berhenti agak jauh,so aku undurkan kereta aku,aku rasa orang luar tak nampak sangat sebab tinted cermin kereta aku gelap (JPJ anti jumpa aku..huhu) aku pun amati cermin pandang sisi,jarak aku dengan posisi "apek" tu tidak la jauh sangat.Rupa-rupanya "apek" tu tengah cuci selipar jepun dia dalam lopak air.Sedih dan kesian aku tengok.
Sebaik sahaja apek tu bangun aku pun keluar dari kereta,aku pun memangil apek tu. "apek mari sekejap" apek tu pun datang. Aku ke boot kereta dan mengambil selipar jepun yang aku beli. Lantas apek tu dengan nada yang baik dan senyuman berkata "saya tak mau,saya suka yang ini" sambil menunjuk selipar jepun yang tersarung dikakinya.Lantas apek tu berlalu meninggalkan aku yang agak terpinga-pinga.
Seraya itu seornag "aci" yang berada dihadapan rumahnya(berdepan tempat aku berhenti kereta) menegur aku dan berkata "saya pun penah bagi dia selipar tapi dia tidak mahu,kita tengaok kesian tapi dia tak mahu ambil" aku pun menjawab "ya la aci,saya pun kesian tapi dia tak mahu ambil saya nak buat mcm mana" aku pun masuk kerata dan berlalu pergi dalam keadaan masih memikirkan tentang apek itu.
Dalam hemat aku mungkin apek tu tak sudi menerima selipar jepun itu atas dua kemungkinan besar. 
Satu) Mungkin selipar itu ada makna tertentu or ada sentimental value 
Dua) kemungkinan besar apek tu tak mahu orng bersimpati dengan dia,dia berpuas hati dengan keadaan itu dan menrimanya sebagai takdir. (jika ini sebabnya aku tabik apek ni)
Jika kowang semua tertanya-tanya kenapa aku beli selipar jepun? jawapanya adalah...
Bagi aku,apa yang aku fikirkan.. bila kita bagi sesuatu kepada orang yang dalam keadaan apek tu jika lebih dari apa yang dia guna sekarang dia takkan sudi ambil.
So sampai sekarang selipar tu masih ada kat boot kereta aku.. Doa aku semoga apek tu berbahagia dengan kehidupan dia dan selipar nya... Semoga apek tu sentiasa selamat.

2 comments:

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said...

kadang2 yang baru xkan sama yg lama walaupun yg baru lebih baik dari yang lama

Teka-teki said...

betul tu.. for sure ada sesuatu yg menjadi pendirian apek tu..