meeBo

Friday, January 29, 2010

Terkulai Mabuk Ketagih Serbuk (Say No To Drug){puisi}

Terkulai Mabuk Ketagih Serbuk (Say NO To Drug) {PUISI}

Ramai orang menghirupnya
kerana ingin sampai ke syurga khayalan
yang kononnya mampu melenyapakan sebentar
sengsara hidup di alam benar
ramai yang memetiknya
sebagai penyeri haruman hiburan
yang khabarnya amat mengasyikan 
jadi pujaan tiada bandingan.

Jangan kau hirup madu bertuba itu
kerana manisnya akan segera hilang
bisa racunnya pasti merayap berpanjangan
menjadi musuh didalam pembuluh
dalam diam perlahan-lahan membunuh.

Penawar masalah bukanlah dadah
pembinasa waras pembawa padah
masalah dihadapi tak kunjung sembuh
fikiran rusuh menjadi kambuh.

Puncak hiburan bukanlah khayalan
terkulai mabuk ketagih serbuk
tercicirlah pelajaran terkulailah perkerjaan
cita-cita segar mendadak layu tertunduk.

Duhai remaja yang berjiwa muda
asuhkan diri dengan perkerti mulia
awasilah mainan pujukan syaitan
cerah hari depan usah diredupkan
fikiran yang jernih jadi bekalan
hati yang bersih meluaskan jalan.

Marilah bersama kita mencegah
penyakit dadah jangan dibiar merebak
membiak membesar menjadi wabak
pastikan remaja bangsa berpucuk mekar
ajaran agama penyuluh sinar
harapan bangsa tinggi menjalar

Kepada kawan-kawan jauhilah dadah..kerana sememangnya ia membawa padah







No comments: