meeBo

Tuesday, August 4, 2009

SETELAH MENJADI TEKA TEKI

Setelah menjadi teka-teki....

Di ruang menunggu ini,
ibarat jujur pagi mendepani petang
sebagaimana siang mendepani malam.

Di sini ruang sementara tiba
perjalanan sementara sampai
kembang sementara layu
siang sementara senja,
masih penungguan ini
tidak lebih suatu teka-teki
diikat pelbagai tanda-tanda,
esok tiba entah giliran siapa?

Diruang menunggu ini
nafas dalam perjalanan pergi,
hati sentiasa tertunggu-tunggu
apakah jawapan daripada-Mu?


Terima kasih kepada penulis puisi ini:
-Nawawee Mohammad.KL

No comments: