Polis Diraja Malaysia telah memperkenalkan Kereta
Peronda Polis (MPV) jenis Mitsubishi Evolution -X (Evo-10) dimajlis
Perhimpunan Sempena Peringatan Hari Polis Ke-202 di PULAPOL Kuala Lumpur
pada 25 Mac 2009 dan dilancarkan oleh YAB Dato' Seri Abdullah bin Haji
Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia.
Polis Diraja Malaysia telah mendapat perolehan
kenderaan pasukan jenis Mitsubishi Evolution -X (Evo-10) yang dibekalkan
oleh Syarikat Mitsubishi Motor (M) Sdn Bhd mengikut KDN/POL/PT/5/2008
bertarikh 1/7/2008 sebanyak 25 unit.
Mitsubishi telah mengeluarkan Lancer Evolution 1
- CD9A pada tahun 1992 dan kenderaan itu telah direka sesuai untuk
litar lumba. Mitsubishi Evolution -X (Evo-10) ini telah direka khas
oleh Mitsubishi Motor di Jepun, sesuai untuk penugasan dan kegunaan
PDRM.
Kenderaan
ini adalah setiap masa All Wheel Drive (AWD). Sistem S-AWC (Super All
Wheel Control) yang dilengkapkan pada Steering Wheel membolehkan
kenderaan beroperasi di dalam 3 bentuk persekitaran yang berbeza di
Malaysia iaitu untuk permukaan kering, permukaan yang tidak rata atau
basah dan permukaan yang terlampau licin.
Mitsubishi Evolution -X (Evo-10) dijana enjin
aluminium 4B11 Mivec 1,998 cc dan jenis enjin - DOHC 16-valve Mivec
Intercooler Turbocharged, Single Turbo dengan transmisi manual lima
kelajuan (W5M6A) dan mempunyai 4 silinder. Enjin berprestasi tinggi ini
menghasilkan tenaga 291 bhp @ 6,500 rpm dan pecutan maksima EVO-10
ialah 242 km/j. Mitsubishi Evolution -X (Evo-10) mampu memecut dari 0
hingga 100 km/j dalam masa 5.2 saat.
Spesifikasi berat tanpa muatan Mitsubishi
Evolution -X (Evo-10) ialah 1,565 kg, tinggi keseluruhan ialah 1,480 mm
(1.48 m) lebar keseluruhan ialah 1,810 mm dan panjang keseluruhan 4,510
mm. Muatan tangki bahan api ialah 72 liter dan menggunakan bahan api
jenis petrol (RON 98).
Kenderaan ini dilengkapi dengan Keyless
Operation System di mana pemandu tidak perlu memasukkan kunci ke Ignition System semasa hendak
menghidupkan enjin. Mitsubishi Evolution -X (Evo-10) juga dilengkapi
sistem ETACS dimana pemandu boleh
menaikkan tingkap cermin di dalam keadaan Ignition
Off. Wiper juga akan beroperasi secara automatik apabila cuaca
hujan dan lampu besar akan beroperasi secara automatik pada waktu malam.
Sistem keselamatan kenderaan ini juga dilengkapi dengan 7 modul airbag.
Bagi memantapkan
lagi Mitsubishi Evolution -X (Evo-10), PDRM telah memasang set radio
jenis Motorola XTL 5000, dilengkapi dengan sistem C4i (Command, Control,
Communication And Integration), peralatan ILSS Arjent S2 LED 12v dan
juga tempat letak senjatapi MP5.
Latihan pemanduan khas Mitsubishi Evolution -X
(Evo-10) juga di adakan selama 3 minggu di Maktab Teknik PDRM dan
kelayakan pemandu adalah terdiri daripada peserta yang telah menghadiri
Kursus Pemanduan Standard. Mitsubishi Evolution -X (Evo-10) akan
ditempatkan sebagai penugasan EMPV untuk Zon Utara, Zon Selatan, Zon
Timur selain ditempatkan di lain-lain kontinjen, dalam usaha
mempertingkatkan keupayaan tugas-tugas rondaan.

Kerja-kerja pemasangan aksesori tambahan PDRM di Bengkel Pasukan Gerakan
Khas
Evo-X, Kod enjin- 4B11 MIVEC, jenis enjin - DOHC 16 valve Mivec
Intercoler Turbocharged
Pendawaian baru untuk sistem C4i (alat komunikasi/pengesan pintar pasukan keselamat yang tercangih)
web rujuk kan klik sini
Juruteknik membuat kerja-kerja pemasangan set radio Motorola XTL 5000 (radia komunikasi)
Pandangan hadapan Evo-X
Pandangan Evo-X dari sisi. Pelekat adalah mengikut rekabentuk baru dari
Cawangan Penyelidik/Pembangunan PDRM dan kenderaan ini juga dikenali
sebagai
Helang Lebuhraya Polis
Pandangan Evo-X dari belakang
Mantan Perdana Menteri mendengar taklimat berkaitan penggunaan Sistem C4i
Sumber: Laman Rasmi
PDRM
P/S teka-teki.. jika di kejar helang lebuhraya ini tidak kira berapa laju atau power kereta anda,berhentilah.