meeBo

Tuesday, January 5, 2010

Wawasan 2020

Wawasan 2020


Wawasan 2020 ialah sebuah wawasan kerajaan Tun Dr Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia ketika itu, yang bertujuan untuk meningkatkan Malaysia menjadi sebuah negara perindustrian dan negara maju sepenuhnya menjelang tahun 2020. Yang dimaksudkan sepenuhnya terangkum bukan sahaja bidang ekonomi, tetapi juga bidang-bidang politik, sosial, kerohanian, psikologi, serta juga perpaduan nasional dan sosial, antara lain. Kesemua ini juga melibatkan persoalan keadilan sosial, kestabilan politik, sistem kerajaan, mutu hidup, nilai sosial dan kerohanian, maruah bangsa, serta juga keyakinan.

Cabaran utama

Dalam penyampaian kertas kerjanya, Laluan ke Depan (The Way Forward), kepada Majlis Perniagaan Malaysia, Dr Mahathir Mohamad menghuraikan sembilan matlamat utama Wawasan 2020:
  1. Mewujudkan negara Malaysia bersatu yang mempunyai matlamat yang dikongsi bersama: Malaysia mesti menjadi sebuah negara yang aman, berintegrasi di peringkat wilayah dan kaum, hidup dalam keharmonian, bekerjasama sepenuhnya secara adil, dan terdiri daripada satu bangsa Malaysia yang mempunyai kesetiaan politik dan dedikasi kepada negara.
  2. Mewujudkan sebuah masyarakat yang berjiwa bebas, tenteram dan maju, dengan keyakinan akan keupayaan sendiri, berbangga dengan apa yang ada, dengan apa yang telah dicapai, cukup gagah menghadapi pelbagai masalah. Masyarakat Malaysia ini mesti dapat dikenali melalui usaha mencapai kecemerlangan, amat sedar akan semua potensinya, tidak mengalah kepada sesiapa, dan dihormati oleh rakyat negara lain.
  3. Mewujudkan dan membangunkan masyarakat demokratik yang matang, yang mengamalkan satu bentuk demokrasi Malaysia yang mempunyai persefahaman matang, berasaskan masyarakat yang boleh menjadi contoh kepada beberapa banyak negara membangun.
  4. Mewujudkan masyarakat yang sepenuhnya bermoral dan beretika, dengan warganegaranya teguh dalam nilai agama dan kerohanian dan didukung oleh nilai etika paling tinggi.
  5. Mewujudkan masyarakat liberal dan bertolak ansur, dengan rakyat Malaysia pelbagai kaum bebas mengamalkan adat, kebudayaan, dan kepercayaan agama mereka dan pada masa yang sama meletakkan kesetiaan mereka kepada satu negara.
  6. Mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif, masyarakat yang mempunyai daya perubahan tinggi dan berpandangan ke depan, yang bukan sahaja menjadi pengguna teknologi tetapi juga penyumbang kepada tamadun sains dan teknologi masa depan.
  7. Mewujudkan masyarakat penyayang dan budaya menyayangi, iaitu sistem sosial yang mementingkan masyarakat lebih daripada diri sendiri, dengan kebajikan insan tidak berkisar pada negara atau orang perseorangan tetapi di sekeliling sistem keluarga yang kukuh.
  8. Memastikan masyarakat yang adil dalam bidang ekonomi. Ini merupakan masyarakat yang melaksanakan pengagihan kekayaan negara secara adil dan saksama, dengan wujudnya perkongsian sepenuhnya bagi setiap rakyat dalam perkembangan ekonomi.
  9. Mewujudkan masyarakat makmur yang mempunyai ekonomi bersaing, dinamik, giat dan kental.
Menurut Dr Mahathir, kesembilan-sembilan matlamat utama ini tidak semestinya menjadi urutan keutamaan masyarakat Malaysia untuk tiga dekad yang akan datang. Tentunya keutamaan dalam satu-satu masa mesti memenuhi keadaan khusus pada masa berkenaan.

Adakah matlamat menjadi negara maju dari segi ekonomi itu realistik?

Pada dekad 1960-an, pertumbuhan ekonomi Malaysia adalah pada kadar purata sebanyak 5.1% setahun. Pertumbuhan purata ini dinaikkan menjadi 7.8% semasa dekad pertama Dasar Ekonomi Baru dalam dekad 1970-an, dan 5.9% setahun pada dekad 1980-an, akibat kemelesetan bertahun-tahun. Pertumbuhan KDNK pada 30 tahun tersebut dalam nilai sebenar adalah pada kadar purata 6.3 peratus setahun, dengan kadar pada 20 tahun yang lalu merupakan 6.9 peratus setahun pada puratanya. Oleh itu, yang diperlukan ialah tambahan pertumbuhan sebanyak 0.1 peratus untuk mencapai matlumat ekonomi Wawasan 2020i, sesuatu matlamat yang bukannya tidak mungkin.
KDNK Malaysia pada tahun 1990 ialah $115 bilion, dengan sasaran kira-kira $920 bilion dalam nilai sebenar (ringgit pada 1990) menjelang tahun 2020. Pertumbuhan pesat ini memerlukan pertumbuhan pada kadar purata kira-kira 7.0% (dalam nilai sebenar) setahun untuk 30 tahun akan datang. Jika ini dapat dicapai, dan diandaikan kadar pertumbuhan penduduk tahunan ialah 2.5%, menjelang tahun 2020, rakyat Malaysia akan kaya empat kali ganda (dalam nilai sebenar), berbanding dengan tahun 1990. Inilah ukuran masyarakat makmur yang dimaksudkan oleh Wawasan 2020. Dengan itu, KDNK Malaysia akan menjadi lapan kali lebih besar menjelang tahun 2020 berbanding 1990.



 Sumber dan rujukan Wikipedia

Welcome 2010

Salam..hai..
Selamat tahun baru 2010,kekadang bila masuk tahun baru ornag akan tanya "apa azam ko tahun ni".
Bagi teka-teki itu adalah soalan yang agak lucu,kerana sesuatu yang agak biasa bagi kalangan mereka yang suka buat azam ni tidak terlunas azam tu,(kalau terlunas sebab azam yang simple je).Teka-teki sendiri tak berazam cuma melakukan yang terbaik dalam apa yang teka-teki lakukan.

Teka-teki bukan nak memperolok-olokkan mereka yang berazam pada setiap tahun baru bahkan ianya sebenarnya sesuatu yang positif,cuma pastikan apa yang kita azam kan itu mampu kita capai,bukan sekadar ucapan tahun baru sahaja,ia juga boleh dijadikan matlamat atau satu garis panduan yang ingin dicapai.

Kepada kawan-kawan semoga tahun baru 2010 membawa kejayaan dan lebih bermakna dari tahun-tahun sebelumnya..Tepuk dada,tanya diri.. Selamat berjaya!!


Teringit masa kecil,mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahadir Muhamad pada feb 1991 melancarkan Wawasan 2020,tak sabar menunggu 2020 Malaysia menjadi negara maju(Minta dipanjangkan umur oleh NYA,Amin)

Wednesday, December 30, 2009

METRO 30/-12/2009 'Ganti rugi RM490,312 bagai tiada makna'



Metro/Rabu/30/12/2009


'Ganti rugi RM490,312 bagai tiada makna'

 

PULAU PANGKOR: “Walaupun dapat wang sebanyak itu, saya tetap lumpuh dan tak boleh buat apa-apa dalam keadaan begini.

“Emak dan ayah banyak berkorban wang ringgit, tenaga dan masa sejak 10 tahun saya terlantar sakit, malah wang yang diperoleh itu pun, pada saya masih tak cukup untuk membayar jasa mereka dan menampung kehidupan saya pada masa depan,” kata Syarizan Sudirmin, 26.

Semalam, Hakim Mahkamah Tinggi Kuantan, Datuk VT Singham membuat keputusan Syarizan yang lumpuh dari paras pinggang ke bawah mendapat ganti rugi RM653,750 akibat kecederaan parah dialaminya kerana terjatuh dari motosikal ditunggangi selepas ditendang anggota polis, kira-kira 10 tahun lalu.

Bagaimanapun, dia hanya diberi 75 peratus iaitu RM490,312.50 daripada ganti rugi am kerana sebahagian kesalahan berpunca daripada tindakannya sendiri.


Ketika ditemui di rumahnya di Kampung Tengah di sini, malam tadi, Syarizan berkata dia bukan mata duitan apabila menyatakan wang pampasan itu masih tidak mencukupi, namun lebih trauma apabila memikirkan kejadian itu.

“Sejak kemalangan itu pada 1999, hidup saya berubah. Enam tahun saya mendapatkan rawatan di hospital, 21 hari koma di Hospital Ipoh, selain dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan Hospital Manjung.

“Dalam tempoh itu, terutama ketika di HKL, emak dan ayah sering berulang-alik. Lebih menyedihkan, ayah yang bekerja sebagai nelayan ketika itu terpaksa ke laut mencari duit menanggung kos perubatan dan perbelanjaan sepanjang saya di sana,” katanya sebak.

Selain itu, katanya, setiap bulan dia memerlukan sekurang-kurangnya RM2,000 untuk kos membeli ubat termasuk mencuci luka dan rawatan lain.

“Bukan tidak puas hati tapi saya akan minta peguam mencabar semula keputusan itu supaya pampasan diterima lebih tinggi, jika boleh RM1 juta atau RM2 juta.

“Ini kerana sebagai anak lelaki sulung dalam keluarga dan dalam keadaan tidak boleh melakukan sebarang kerja, saya sedih dan kecewa mengenangkan nasib adik-adik.

“Emak suri rumah sepenuh masa, manakala ayah kini mengambil upah membawa kaki pancing ke laut. Selain itu, saya ada tujuh beradik perempuan termasuk kakak sulung dan empat adik lelaki yang masih kecil dan semuanya memerlukan bantuan kewangan,” katanya.

Selain itu, katanya, sejak disahkan lumpuh, dia tidak mendapat bantuan mana-mana pihak.

Baru semalam dia menerima keputusan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang meluluskan permohonan bantuan bulanannya RM150 selepas empat tahun memohon.

Syarizan berkata, apabila mengenangkan nasib yang menimpanya, ada ketika dia berputus asa dan tidak mahu meneruskan hidup.

“Dulu saya ramai kawan tapi sekarang bila sudah sakit, saya dijauhi. Malah, sejak 2005 hingga ke hari ini, beberapa kali saja saya keluar dari pulau ini, itupun untuk menjalani rawatan di Hospital Manjung.

“Pergerakan saya terbatas dan saya sedih dengan keadaan ini, malah pernah terfikir lebih baik mati daripada meneruskan hidup dalam keadaan begini,” katanya yang hanya bergantung pada kerusi roda untuk bergerak.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 malam pada 1999 lalu, Syarizan mendakwa dia menaiki motosikal bersama seorang rakan dan melalui Jalan Pasir Bogak, berdekatan rumahnya.

Ketika itu, katanya, dia berselisih dengan motosikal ditunggangi seorang anggota polis dan apabila meneruskan perjalanan, ada tiga lagi anggota polis di depannya.

“Saya pusing balik, anggota polis yang berseorangan tadi juga patah balik. Saya tiada pilihan dan pusing balik menuju ke arah tiga anggota polis berkenaan.

“Ketika itu, saya rasa motosikal bergoyang dan tidak lama kemudian saya nampak anggota polis itu menendang motosikal saya dan kami terjatuh.

“Tidak cukup itu, dia pijak tulang belakang dan kepala sebelum saya pengsan. Selepas lapan bulan kejadian, baru saya tahu tulang belakang patah seterusnya menjadi punca saya lumpuh,” katanya yang turut patah paha kiri dan kanan selain pernah hilang ingatan dalam insiden itu.

Sementara itu, bapa Syarizan, Sudirmin Selamat, 54, bimbangkan masa depan anaknya terutama apabila dia dan isteri sudah tiada.

“Jika boleh, kami mahu pampasan diberikan lebih daripada diputuskan, bukan untuk saya tetapi dia. Saya tak tahu sampai bila hayat saya dan boleh jaga Syarizan. Apabila sudah tiada nanti, siapa nak jaga dia, itu yang saya sedih,” katanya.

Ibu Syarizan, Norizan Ahmad, 47, berkata dia tidak sanggup melihat penderitaan anak keduanya yang kini sudah 10 tahun menanggung sakit.

“Selagi ada hayat, saya akan jaga dia meskipun anak-anak saya ramai dan ada masih kecil, namun terdetik juga, bagaimana keadaannya pada masa depan, siapa yang akan jaga dan urus dia nanti,” katanya sedih.

Friday, December 25, 2009

JANGAN MENYERAH - D'MASIV

Lirik lagu Jangan Menyerah - D'Masiv :
tak ada manusia
yang terlahir sempurna
jangan kau sesali
segala yang telah terjadi

kita pasti pernah
dapatkan cobaan yang berat
seakan hidup ini
tak ada artinya lagi

syukuri apa yang ada
hidup adalah anugerah
tetap jalani hidup ini
melakukan yang terbaik

tak ada manusia
yang terlahir sempurna
jangan kau sesali
segala yang telah terjadi

Tuhan pasti kan menunjukkan
kebesaran dan kuasanya
bagi hambanya yang sabar
dan tak kenal putus asa

Lagu yang menarik.Penuh bermakna,memberi inpirasi dalam hidup.
dalam lagu ni menunjukan bahawa tiada insan yang terlahir sempurna,ia juga mengajar kita supaya bersabar dan berusaha dan jangan menyesali apa yang telah terjadi.

link download lagu ini sila klik

Tuesday, December 15, 2009

Preview movie Santau (Di pawagam 10 Dis 09)

Seram dan ngeri. Itu yang Teka-teki dapat tafsirkan bila menonton trailer filem SANTAU ni. Santau arahan Azhari Muhammad Zain ini adalah filem yang ke-34 terbitam MIG Productions. Difahamkan semasa pengambaran filem ini berlangsung, khidmat bomoh digunakan untuk memantau dan membantu mengelakkan gangguan makhluk halus.

Kesan bunyi yang digunakan memang berkualiti,puas hati kalau pergi panggung(tak rugi beli tiket lah).Kesan bunyi yang boleh membuat orang kena serangan jantung ini memberi kesan bagi filem ni,tahniah MIG Productions kerana filem ini sehebat filem seram dari Korea,Jepun.

Terdapat juga adigan yang agak meloya kan tekak dan anda harus bersedia dengan kejutan(kejutan bunyi dahulu)

Selain itu, David Teo juga selalu berpesan kepada pelakon dan krew supaya menjaga pantang larang seperti tidak kencing sebarangan dan membuang tuala wanita di merata tempat
.
Santau yang akan menggunakan sistem bunyi Dolby Digital Surround EX menampilkan barisan pelakon seperti Esma Danial yang akan melakonkan watak Halim, Putri Mardiana (Nina), Zul Handy Black (Man), Farisya Fatin (Tuty) dan Bob Lokman (Bomoh).


Selamat menonton,Sokonglah Industri filem negara.